cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

5 Sebab Penggunaan ‘Glove’ Boleh Tingkatkan Risiko Jangkitan COVID-19

Highlighted
Mayor

5 Sebab Penggunaan ‘Glove’ Boleh Tingkatkan Risiko Jangkitan COVID-19

Situasi wabak COVID-19 yang melanda menyebabkan ramai orang awam lebih berjaga-jaga dan mahu melindungi diri semaksima mungkin daripada terdedah kepada jangkitan.

 

Namun tahukah anda, walaupun penggunaan ‘glove’ mampu melindungi tangan kita daripada virus, namun pakar juga berpendapat bahawa ia berpotensi menjadi punca merebakkan virus dengan lebih luas.

 

Berikut adalah sebab mengapa ia bukanlah antara nasihat atau tips utama untuk elak jangkitan yang disyorkan pihak berwajib.

 

1. Tidak dipakai dengan betul

2. Tidak dilupuskan dengan betul

3. Dibuang merata-rata selepas digunakan

4. Menyebabkan kita kurang kerap mencuci tangan

5. Mudah terkoyak.

 

Bagi yang terpaksa menggunakan glove contohnya di hospital dan sebagainya, mereka tetap akan basuh tangan juga dengan air dan sabun sekurang-kurangnya 20 saat setelah ‘glove’ dibuka.

 

Penggunaan glove oleh anggota kesihatan juga mengikut prosedur yang ketat di mana mereka perlu memakai ‘glove’ ikut konsep satu pesakit ke satu pesakit sahaja bagi mengelakkan jangkitan silang.

 

Apa yang penting, kita perlu faham bahawa jangkitan COVID-19 ini perlu dimusnahkan dengan amalan kebersihan dan sanitasi yang kerap, menggunakan topeng muka terutamanya jika bergelaja, serta menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1m dengan orang lain.

 

Kalau tiada air, guna hand sanitizer untuk basmi kuman pada permukaan tangan dan pastikan kandungan alkohol untuk hand sanitizer yang digunakan adalah melebihi 60%.

 

#stayathome

#staysafe

 

1 REPLY 1
Highlighted
Mayor

Re: 5 Sebab Penggunaan ‘Glove’ Boleh Tingkatkan Risiko Jangkitan COVID-19

Info yang bagus @anr077