cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

Hati hati bila keluarkan duit!

Sheriff

Hati hati bila keluarkan duit!

Sumber : Harian Metro

 

PENGURUS syarikat besi buruk kerugian RM100,000 apabila disamun sekumpulan lelaki ketika dia memandu keretanya berhampiran pusingan U ke Cheras Jaya, di Lebuhraya SILK, Kajang, pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa baru saja mengeluarkan wang berkenaan dari bank dekat Seri Kembangan sebelum dihimpit sebuah kereta, menyebabkan dia terpaksa berhenti di lokasi kejadian.

Sumber berkata, suspek bersenjatakan kapak dan memecahkan cermin kereta sebelum melarikan beg mangsa yang mengandungi wang milik syarikat berjumlah RM100,000 itu.

 

Menurutnya, ketika kejadian mangsa memandu dari arah Seri Kembangan menuju ke Cheras dan membuat pusingan U berhampiran Balakong sebelum kereta Perodua Myvi menghimpit kenderaannya sehingga berhenti.

Katanya, seorang lelaki yang memakai topi keledar menghampiri kenderaan lelaki itu kemudian mengacu objek menyerupai pistol ke arah mangsa.

“Sebuah kereta Proton Persona tiba dengan tiga lelaki bersenjatakan kapak memecahkan cermin tingkap pintu pemandu dan penumpang hadapan serta cermin hadapan kereta mangsa.

“Mereka kemudiannya mengambil beg berwarna hitam yang mengandungi wang tunai berjumlah RM100,000 sebelum melarikan diri.

Difahamkan, wang milik syarikat itu dikeluarkan dari bank berkenaan untuk tujuan perniagaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya kini sedang mengesan suspek dan menyemak rakaman kamera keselamatan di sekitar lokasi.

“Saya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kami sedang giat mengesan suspek.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan,” katanya.


footer remstr 1.png

3 REPLIES 3
Sheriff

Re: Hati hati bila keluarkan duit!

Seeloknya, jika keluarkan duit dalam amaun yang banyak, ajaklah kawan2 teman sekali.

 

Atau online transfer je Smiley Happy


footer remstr 1.png

Highlighted
Sheriff

Re: Hati hati bila keluarkan duit!

just reading the news already got me freak out.

stay vigilant and becareful whenever you wish to withdraw money from ATM/bank

signature.png

Distinguished Citizen ✪

Re: Hati hati bila keluarkan duit!

yikes....damm scary wei