Jom Bawa Anak Ke Himpunan Si Cilik, Sabtu Ini Di Perpustakaan Kuala Lumpur

anr077
Mayor

Jom Bawa Anak Ke Himpunan Si Cilik, Sabtu Ini Di Perpustakaan Kuala Lumpur

Cuti sekolah ni mungkin ramai yang dah puas jalan-jalan ke mall, dah balik kampung, dan dah pergi bercuti. Apa kaa bawa anak-anak pergi ke perpustakaan pula. Kebetulan hari Sabtu ni ada banyak aktiviti menarik untuk mereka di sana.Ada juga peluang untuk anak-anak tunjukkan bakat melalui kraf dan peragaan kostum macam-macam lagi. Semuanya percuma tau! 

 

Himpunan Si Cilik adalah program khas untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah, sempena cuti persekolahan. Ia juga satu program menggalakkan orang ramai, khasnya golongan kanak-kanak datang ke perpustakaan dan mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat.

1.jpg

 

Pada masa yang sama, boleh dekatkan kanak-kanak dengan budaya membaca dan mengunjungi perpustakaan.Seperti yang kita sedia maklum, Perpustakaan Kuala Lumpur juga baru dibuka semula selepas ditambahbaik dan diberi nafas baru.

 

Jom ke Perpustakaan Kuala Lumpur!