cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

Masalah Connection Unifi Fibre Ke International Pada Sekitar 8-12 Malam

topupniaga
Contributing Citizen ✪✪✪

Masalah Connection Unifi Fibre Ke International Pada Sekitar 8-12 Malam

Salam guys. Saya nak share mengenai isu connection dari Unifi ke international server contohnya Singapore yang sering terjadi pada 9-11 malam setiap hari. Agak teruk bermula dari 7 Mei 2021.
Latency/ping boleh mencecah sehingga 400~500ms.
 
Ada yang katakan kepada saya contohnya Mobile Legends, Telegram, Discord dan Twitter juga antara aplikasi yang mengalami masalah seperti delay semasa waktu isu ini terjadi.
Ada sesiapa yang mempunyai masalah serupa atau hampir sama ?

Saya dah cuba discuss di group pengguna Unifi untuk cuba semak ping/latency pada waktu malam dan memang dilihat latency tersebut tinggi sehingga ada yang hampir mencecah hampir 700ms. 
 
Ini perbandingan result pingplotter saya buat pada 28 Mei 2021 pada waktu petang dan waktu malam. Anda boleh lihat perbezaan yang sangat ketara walaupun pada laman sosial yang sering digunakan seperti Twitter dan Discord.

Waktu petang :

Waktu malam jam 9.45 malam.

Saya yakin, banyak connection ke international yang juga terjejas teruk daripada isu ini memandangkan terdapat juga games serta akses ke website yang terganggu.

Banyak result pingplotter yang saya dah buat, anda boleh lihat disini : amirazman[dot]my/masalah-sambungan-unifi-ke-server-singapore.
1 REPLY 1
topupniaga
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: Masalah Connection Unifi Fibre Ke International Pada Sekitar 8-12 Malam

Update sikit untuk malam ni.

pingplotter twitter 29 mei 2021.JPG

Ping ke Twitter hampir ke 700ms dengan packet loss yang boleh tahan banyak. Garisan merah pekat itu adalah packet loss.

 

Load feed twitter di twitter.com ambil masa 20~25 saat. Punyalah lama delay.

Tak pasti bila Unifi nak tackle isu ni.