cancel
Showing results forย 
Search instead forย 
Did you mean:ย 

MyDIGITAL โ€“ Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia

remstr
Mayor

MyDIGITAL โ€“ Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia

#TMNewsโ€‹

 

๐—ง๐—  ๐—ข๐—ก๐—˜ ๐—–๐—น๐—ผ๐˜‚๐—ฑ ๐—”๐—น๐—ฝ๐—ต๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐——๐—ถ๐—ด๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚-๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜†๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ

 

Selaku satu-satunya Penyedia Perkhidmatan Awan (Cloud Service Provider - CSP) Malaysia di bawah MyDIGITAL โ€“ Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), unit perniagaan perusahaan dan sektor awam kami, TM ONE, bersedia untuk memberi khidmat kepada sektor awam dengan infrastruktur dan perkhidmatan awan yang menyeluruh, iaitu Cloud ฮฑ (disebut sebagai Cloud Alpha).

 

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan atas rangka tindakan MyDIGITAL yang bersejarah ini. Kami sememangnya amat berbesar hati kerana telah dilantik sebagai satu-satunya CSP milikan Malaysia dalam panel MyDIGITAL; dan kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana meletakkan kepercayaan kepada kami untuk memainkan peranan penting dalam perjalanan transformasi digital ini, serta keyakinan terhadap kemampuan perkhidmatan awan kami yang sememangnya setanding dengan CSP global.

 

Perkhidmatan awan adalah asas teknologi yang akan membolehkan Kerajaan melaksanakan inovasi-inovasi baharu, mencapai kecekapan kos dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan awamnya kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami komited untuk melengkapkan dan meningkatkan infrastruktur awan Kerajaan dengan TM ONE Cloud ฮฑ. Ia sememangnya amat sesuai untuk menyediakan teknologi dan perkhidmatan yang diperlukan bagi merealisasikan aspirasi MyDIGITAL dan melonjakkan negara kita menuju Negara Digital sepenuhnya menjelang 2030 โ€“ dan ke arah masyarakat yang lebih digital, perniagaan digital dan kerajaan digital. Ini bertepatan dengan peranan unik kami sebagai pemacu Digital Malaysia.

 

 

๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ฉ: http://bit.ly/TMNews22Feb21โ€‹

#๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ขโ€‹ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ & ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ง๐˜ช๐˜ป๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ & ๐˜ซ๐˜ข๐˜จ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ณ๐˜ช. #๐˜”๐˜ข๐˜ด๐˜บ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜‹๐˜ช๐˜จ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ญโ€‹ #๐˜•๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ข๐˜‰๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ถโ€‹ #๐˜—๐˜’๐˜—โ€‹ #๐˜—๐˜Œ๐˜•๐˜‘๐˜ˆ๐˜•๐˜ˆโ€‹ #๐˜‘๐˜Œ๐˜•๐˜‹๐˜Œ๐˜“๐˜ˆโ€‹