Hai semua,
Saban hari kita menahan segala nafsu untuk keluar beriadah, bersosial dan juga bekerja. Tapi di Lembanh Kelang khususnya, kita masih tak dapat bergerak bebas.
COVID-19 gelombang ketiga masih tinggi kes, meningkat setiap hari. Apa yang kita boleh lakukan sebagai rakyat awam yang bukan frontliners?
Pakai pelitup muka dengan betul. Iya, senang tapi agak ramai yang alpa.
Sekiranya anda nampak sesiapa sahaja yang memakai pelitup secara sambil lewa, anda dinasihati menjauhi mereka. Maaf tapi itulah cara yang paling berkesan.
Pakai dengan sempurna, selamatkan nyawa. Senang dan mudah, bro.