cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

Pembayaran bil semasa tempoh PKP

SOLVED
nurulakmal
Contributing Citizen ✪

Pembayaran bil semasa tempoh PKP

Adakah pembayaran bil akan dilanjutkan seperti pembayaran pinjaman bank? 

16 REPLIES 16
remstr
Mayor

Re: Pembayaran bil semasa tempoh PKP


@nurulakmal wrote:

Adakah pembayaran bil akan dilanjutkan seperti pembayaran pinjaman bank? 


Hai @nurulakmal ,

 

Setahu saya tiada lanjutan apa apa yang diumumkan oleh TM setakat ini.


mohd_shaman
Contributing Citizen ✪✪

Re: Pembayaran bil semasa tempoh PKP

Hi @remstr ,

 

Sempena pkp yang disebabkan oleh covid-19 pendamik, Kerajaan telah melancarkan program prihatin pada hujung Mac iaitu internet percuma kepada semua pelanggan perkhidmatan telekomunikasi bermula 1 April 2020 selama tempoh perlaksanaan pkp.

 

Unifi sepatutnya menyahut dan menyokong penuh tindakan kerajaan seperti mana yang telah diumumkan dengan membatalkan semua bayaran dan fee bermula dari tarikh di atas sehingga tamat pkp.

 

Adakah unifi akan melaksanakan dan menyokong penuh program prihatin yang telah dilancarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat sepanjang tempoh pkp ini? Jika benar, diharapkan unifi dapat memberikan perkhidmatan internet secara percuma bermula 1 April 2020 sehingga tamat pkp.

 

Sebarang penjelasan mengenai hal ini amat dihargai. Sekian, terima kasih.

 

remstr
Mayor

Re: Pembayaran bil semasa tempoh PKP

Hai @mohd_shaman 

 

Internet percuma yg diumumkan kerajaan adalah untuk mobile, dan hanya 1GB sehari.

unifi Mobile telah bagi lebih dari itu iaitu unlimited weekly pass untuk pelanggan prepaid.

 

untuk Home, masih belum ada yang diumumkan kerajaan. Sama juga dengan penyedia fiber yang lain dalam Malaysia ini.

 

Sekiranya kerajaan mengumumkan berkenaan internet di rumah, pasti TM dan penyedia lain akan menyahut seruan tersebut.

 

Harap maklum.


mdhafidh
New-in-Town ✪

Re: Pembayaran bil semasa tempoh PKP

Jadi kami sebagai pengguna tidak perlu bayar apa2 sampai habis PKP?

waney
Contributing Citizen ✪

Re: Pembayaran bil semasa tempoh PKP

Bil saya untuk April 2020 dah di Auto-debit/deduct dari kad kredit. Maknanya tak ada bil percuma atau diskaun bil sepanjang tempoh PKP ni lah ye? Mohon penjelasan dari pihak TM. Bagi lah diskaun sikit untuk pengguna yang tidak ada bil tertangguh.

 

Terima Kasih

waney
Contributing Citizen ✪

Re: Pembayaran bil semasa tempoh PKP

bil April sy dah TERbayar sebab guna auto-billing sebelum nie. hmmmm
Bernicelow
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: Pembayaran bil semasa tempoh PKP

 

@mdhafidh @waney  kita kena bersyukur sebab tak perlu bayar bill internet yang lebih.. setiap hari kita ada free internet. kalo nak charge, bill kita mesti tinggi.  Smiley Happy
sotong75250
Contributing Citizen ✪

Re: Pembayaran bil semasa tempoh PKP

Macam **bleep**...bil bagi bulan2 berikut masa PKP bulan2  bil saya seperti biasa jer... Tiap2 bulan saya bayar..Kenapa TM tidak menyahut seruan kerajaan PERCUMA bayaran bagi tempoh PKP ini... SILA TM jelaskan...!!!!

remstr
Mayor

Re: Pembayaran bil semasa tempoh PKP

Hai @sotong75250 ,

 

Setahu saya Kerajaan umumkan untuk internet mobile prepaid sahaja 1GB sehari. TM dah bagi yang tu, internet percuma untuk prepaid bukan 1GB sehari tapi unlimited pass setiap minggu boleh renew.

 

Untuk internet rumah, tiada diumumkan. Mohon berforum dengan berhemah, sila jaga tutur kata anda.