Tahukah anda, Instagram telah memperkenalkan 'filter' khas bersempena bulan ramadan ?

anr077
Mayor

Tahukah anda, Instagram telah memperkenalkan 'filter' khas bersempena bulan ramadan ?

Bersempena bulan Ramadan, kita telah sedia melihat beberapa perkhidmatan hadir dengan kandungan khusus. Pihak Instagram kini turut tidak ketinggalan, dan telah menambah kesan penuras khas bersempena dengan Ramadan, dinamakan “Lantern”.

 

Bercakap mengenai Ramadan sendiri, pihak Instagram mengatakan pada tahun lepas antara 16 Mei ke 14 Jun 2018, mereka menyaksikan lebih 15 juta perkongsian berkenaan Ramadan. Malah, perkongsian berkaitan dengannya di Malaysia turut menyaksikan peningkatan drastik.

 

Pada tahun ini, Instagram dilihat menyambutnya dengan menawarkan 'filter' baru, sekaligus membolehkan pengguna hadir dengan 'stories' yang menggunakannya dan membolehkan pengguna hadir dengan ucapan yang unik kepada pengikut mereka.

 

Bagi anda yang menggunakan Instagram, boleh menyemak 'filter'  ini pada aplikasi berkenaan. Jom kongsikan gambar anda dengan 'filter' baru ini

 

ignew.PNG