cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

#khabarbaik TM kembali menaja Piala Malaysia 2020!

Highlighted
Sheriff

#khabarbaik TM kembali menaja Piala Malaysia 2020!

E1C20514-95D3-4B9F-B4C6-146637B0A9CF.jpeg

 

Ye guys, TM dan Piala Malaysia umpama aur dengan tebing.

Masing masing memerlukan sokongan, seperti sebuah ekosistem yang lengkap!

 

Haa, lebih kurang macam itulah perumpamaannya. Ini adalah berita baik untuk para peminat sukan tanahair and juga pengguna unifi TV.

 

Siaran langsung Piala Malaysia terus ke unifi TV anda, memang terbaik.

 

Untuk laporang lengkap, boleh baca berita dari Malaysia Gazette di bawah okay.

 

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia (TM) menerusi subsidiarinya TM Multimedia (TMM) dan Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan kerjasama secara rasmi yang menjadi TM sebagai penaja utama Liga Malaysia musim ini.

 

Selain sebagai penaja bersama bagi Liga Super, Piala FA, Liga Premier dan Challenge Cup, kerjasama itu meliputi hak penyiaran eksklusif dan hak streaming mobile serta dalam talian bagi Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA and Piala Malaysia pada semua platform unifi TV.

 

Malah, TM akan juga menjadi penaja utama rasmi bagi kejohanan Piala Malaysia iaitu bola sepak yang paling lama dianjurkan di Asia Tenggara ini serta pialanya yangakan dijenamakan semula sebagai ‘TM Piala Malaysia’.

 

Perjanjian selama tiga tahun itu menjadi bukti kepada usaha berterusan TM dalam membangunkan sukan bola sepak tempatan yang akan meningkatkan prestij sukan di Malaysia.

 

Kerjasama antara TM dan MFL itu telah dimeteraikan dengan sebuah majlis dengan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ab Ghani Hassan mewakili pihak MFL dan TMM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Moharmustaqeem Mohammed.

 

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Mengulas tentang kerjasama, Moharmustaqeem Mohammed berkata pihaknya teruja untuk menghidupkan semula kerjasama dengan MFL dalam usaha untuk memperbaharuinya sebagai penaja acara bola sepak yang paling berterusan di seluruh Asia Tenggara.

“Ini juga merupakan sesuatu kebanggaan kerana dapat membangunkan dan membawa perubahan dalam arena bola sepak tempatan.

“Kami mahu membawakan saat-saat menarik perlawanan bola sepak kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya perlawanan yang melibatkan Piala Malaysia, Piala FA, Piala Sumbangsih, Liga Super dan Liga Premier yang bersejarah dan paling digemari di negara ini.

 

“Para peminat bola sepak kini boleh menikmati perlawanan Liga Malaysia dan menonton pasukan kegemaran mereka beraksi apabola perlawanan akan distrimkan secara langsunG menerusi rakan siaran, unifi TV dan boleh diakses menerusi unifi PlayTV.

 

”Ini membolehkan para peminat menonton perlawanan menerusi tablet dan peranti digital mereka pada bila-bila masa di mana-mana sahaja, sesuatu inisiatif yang seirinh dengan visi TM yang ingin memudahkan kehidupan rakyat Malaysia serta melonjakan Malaysia ke arah Negara Digital,” katanya.

 

Moharmustaqeem menambah perkongsian itu akan menyatukan para peminat bola sepak di mana sahaja menerusi akses mudah bagi menikmati kandungan bola sepak melalui pelan internet unifi Home, unifi Mobile dan wifi@unifi.

 

Jelas beliau, setiap perlawanan kini boleh ditonton melalui perkhidmatan penstriman unifi TV dan unifi PlayTV yang boleh didapati di Apple AppStore dan Google Play Store.

 

Pada masa sama, Hamidin berkata MFL berbesar hati dengan kerjasama ini serta keyakinan TM terhadap dunia sukan dan bola sepak Malaysia.

 

Kata beliau, ini membolehkan Liga Malaysia memainkan peranan sebagai pemacu kemajuan komersial dan menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat.

 

“Komitmen jangka panjang TM mencerminkan nilai dan potensi yang dimiliki oleh Liga Malaysia.

“TM sentiasa menjadi penyokong setia bola sepak Malaysia dan MFL amat berterima kasih kepada TM kerana menjadi jenama yang menyatukan seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama menyokong pasukan kegemaran mereka,” katanya.

 

TM melalui perkhidmatan penyiaran video Live TV, unifi TV akan menyediakan siaran langsunh bagi setiap perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia serta perlawanan terpilih Piala FA mulai 28 Februari ini bermula dengan Piala Sumbangsih di lima saluran sukan unifi (unifi TV Saluran 701-705) yang akan pamerkan setiap perlawanan menerusi langgan Pek Ultimate.

 

Bagi pelanggan unifi yang tidak mempunyai Pek Ultimate pula, mereka boleh memilih pas tontonan Liga Malaysia untuk menonton siaran perlawanan dengan unifi TV melalui Media Box atau unifi PlayTV. – MalaysiaGazette


1 REPLY 1
Highlighted
Sheriff

Re: #khabarbaik TM kembali menaja Piala Malaysia 2020!

Interesting !