Kawasan perkampungan di KAMPUNG LESUNG TUJUH bila akan ada pemasangan kabel fibre???? Saya masih berdebar-debar untuk memasang UniFi di kawasan kampung saya tetapi masih belum ada lagi kabel fibre di kampung ini. Semoga TM dapat mempercepatkan pembinaan untuk memasang kabel fibre di seluruh kawasan perkampungan LESUNG TUJUH ini. Jadi, adakah tahun depan akan dapat memasang kabel fibre ini??
Hai @ismahanif
Cuba anda hubungi khidmat pelanggan unifi di llink https://unifi.com.my/support/contact-us untuk semakan isu infra ini.
Pasti mereka akan bantu anda.
Hai @ismahanif Untuk maklumkan anda, servis unifi adalah bergantung kepada ketersediaan port dan ujian teknikal daripada pihak TM. Sekiranya anda berminat, anda boleh ke TMpoint untuk bantuan lanjut dan boleh mengisi demand list.
Hai @ismahanif
Perluasan jalur lebar TM unifi fibre bergantung kepada banyak faktor sebenarnya seperti permintaan, kos, kekangan teknikal dan lain-lain. Sekiranya tempat itu tiada coverage, pastikan anda hubungi pihak TM untuk mohon diletakkan dalam senarai pelanggan yang berminat atau demand list. Jadi pihak TM boleh buat perancangan perluasan coverage berdasarkan maklumat yang ada.