Perkhidmatan Baik Pulih dalam masa 24 jam!

remstr
Mayor

Perkhidmatan Baik Pulih dalam masa 24 jam!

Hai semua!

 

Pada hari ini 30 November 2021, TM telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan jaminan untuk menyelesaikan laporan baik pulih anda semua dalam masa 24 jam selepas laporan diterima dan jika mereka gagal, anda akan menerima rebat bill berjumlah RM50!

 

unificares.JPG

 

Agak menarik, bukan?

 

Ya, ini adalah janji TM kepada pengguna yang menepati kriteria yang ditetapkan buat masa sekarang. Apakah kriteria tersebut?

 

Anda layak untuk menikmati tawaran ini sekiranya anda;

  1. Pengguna unifi Home/SME 100Mbps ke atas
  2. Telah melaporkan kerosakan pada saluran rasmi TM (TMpoint, Livechat, PM facebook/twitter dan emel)
  3. Laporan dilakukan ketika downtime berlaku, bukan selepas ianya selesai.
  4. Jenis kerosakan adalah disebabkan oleh TM (TM fault) dan juga pihak ketiga (3rd party)

 

Tetapi anda tidak layak jika anda;

  1. Pelanggan unifi 30Mbps, unifi Lite, unifi Air, unifi Mobile, DEL, dan juga VAS.
  2. Kerosakan yang berlaku di luar kawalan TM (Masalah di dalam premis pelanggan, seperti pendawaian dalaman, kerosakan terhadap CPE, renovasi rumah/premis, haiwan peliharaan, kebakaran, kecurian,atau mana-mana aktiviti di luar kawalan TM.

Sila ambil perhatian ya.

 

Jika anda layak, anda akan diberitahu melalui SMS. Jadi jika anda mengalami masalah, terus buat laporan tanpa tunggu lagi.

 

Jika anda layak, rebat akan di beri melalui myunifi app > rewards

 

Untuk maklumat lanjut anda semua boleh layari laman web ini -->unifiCares

 


1 REPLY 1
reenmaks82
New-in-Town ✪

Re: Perkhidmatan Baik Pulih dalam masa 24 jam!

No wonder report dah 6 hari x close2..bukan je x layak dapat rebate RM50 ni sebab pakej saya Unifi 30Mbps, dengan aduan2 saya berkenaan dengan internet connection terputus sejak 6 hari lepas pun #unificarecrew  x pandang...haish