cancel
Showing results forย 
Search instead forย 
Did you mean:ย 

[VIDEO] Jadilah sebahagian dari MyBaikhati!

remstr
Mayor

[VIDEO] Jadilah sebahagian dari MyBaikhati!

๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด #๐— ๐—ฌ๐—•๐—”๐—œ๐—ž๐—›๐—”๐—ง๐—œ

 

Memilik peranti digital bukan lagi satu kemewahan, ia telah menjadi satu keperluan utama dalam kehidupan yang semakin digital ini untuk berhubung, belajar dan bekerja. Namun begitu, tidak semua orang mampu untuk membeli peranti digital mereka sendiri.

 

Inisiatif #๐— ๐—ฌ๐—•๐—”๐—œ๐—ž๐—›๐—”๐—ง๐—œ dengan kerjasama SKMM bertujuan membantu keluarga yang kurang bernasib baik mengemudi kehidupan yang serbadigital ini. Anda boleh bantu inisiatif ini dengan mendermakan peranti digital anda yang masih elok tapi tidak digunakan lagi. 

 

Kami amat memerlukan peranti digital terpakai seperti komputer riba, telefon bimbit, tablet yang elok dan masih berfungsi serta lengkap dengan alat pengecas. Peranti-peranti ini boleh didermakan ke cawangan TMpoint terpilih berhampiran anda.

 

Tujuh langkah mudah untuk menjadi seorang yang #๐— ๐—ฌ๐—•๐—”๐—œ๐—ž๐—›๐—”๐—ง๐—œ:-

1) Layari tm.com.my/mybaikhati dan lengkapkan Borang Sumbangan Peranti. Anda akan menerima e-mel pengesahan.

2) Pastikan peranti yang hendak didermakan masih dalam keadaan baik dan padamkan semua data peribadi anda daripada peranti tersebut.

3) Bawa peranti ke cawangan TMpoint terpilih berhampiran anda.

4) Sila berjumpa dengan kakitangan TMpoint yang bertugas.

5) Tunjukkan e-mel sebagai pengesahan lanjut.

6) Kemudian, sila letakkan peranti di tempat yang disediakan.

7) Dapatkan cenderahati di kaunter sebagai tanda penghargaan daripada kami.

 

Bersama-sama kita menjadikan hidup dan perniagaan lebih mudah demi kesejahteraan negara. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.tm.com.my/mybaikhati.

 

#๐˜’๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ & ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ง๐˜ช๐˜ป๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ & ๐˜ซ๐˜ข๐˜จ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ณ๐˜ช.  #๐˜”๐˜ข๐˜ด๐˜บ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜‹๐˜ช๐˜จ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ญ #๐˜•๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ข๐˜‰๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ #๐˜—๐˜’๐˜— #๐˜—๐˜Œ๐˜•๐˜‘๐˜ˆ๐˜•๐˜ˆ #๐˜—๐˜Œ๐˜”๐˜Œ๐˜™๐˜’๐˜ˆ๐˜š๐˜ˆ #๐˜‘๐˜Œ๐˜•๐˜‹๐˜Œ๐˜“๐˜ˆ #๐˜”๐˜บ๐˜‹๐˜๐˜Ž๐˜๐˜›๐˜ˆ๐˜“