Moga Unifi TV dapat bawakan Bein sport channel ke dalam saluran unifi tv. Saluran bein sport banyak membawakan aksi aksi sukan antarabangsa seperti perlawanan bola sepak Itali dan Sepanyol serta Liga Juara Juara Eropah yang menjadi kegemaran peminat sukan. Bawakan Bein Sport 1 dan 2 ke dalam saluran unifi tv. Pasti ramai pelanggan pelanggan unifi tv akan berpuas hati. Sudah lama sangat Unifi TV tidak memberikan saluran baru.
Memang boleh, tapi harga Ultimate Pack akan naik nanti. Harga ala-carte langgan Bein Sports Connect adalah RM 19.90 setiap bulan. Maksudnya, kalau Unifi TV ambil saluran² Bein Sports, harga Ultimate Pack akan naik ke RM 70 atau 80.
demi sukan bola sepak, sanggup ada kenaikan harga langganan. unifi tv murah sedikit dari langganan astro sport pack.