Hari ini astro malaysia telah mengumumkan harga langganan Disney+ Hotstar Malaysia. RM54.90 untuk langganan 3 bulan bermula 1 June 2021.
Bila lagi pihak TM dan unifi akan umumkan harga langganan Disney+ Hotstar Malaysia.
admin....harap harga Disney+Hotstar di unifi tv lagi berpatutan harganya.
Pihak astro mengenakan syarat, pada pelanggan movies pek harus tambah RM5 untuk langganan disney+ Hotstar.
Harap Disney+ Hotstar unifi tv boleh di tonton di stb putih dan juga di unifi plus box.
@al-walid99 wrote:admin....harap harga Disney+Hotstar di unifi tv lagi berpatutan harganya.
Pihak astro mengenakan syarat, pada pelanggan movies pek harus tambah RM5 untuk langganan disney+ Hotstar.
Harap Disney+ Hotstar unifi tv boleh di tonton di stb putih dan juga di unifi plus box.
Saya rasa harga Disney+ Hotstar di astro agak mahal sebenarnya sebab menggantikan Fox Movies, Fox Action Movies dan Fox Family Movies di astro. Satu OTT app menggantikan 3 saluran movie.
betul, memang amat mahal berbanding Disney+ singapore baru RM36.
Harap pihak TM dan unifi dapat memberikan kepada pelanggan unifi tv dan TM dengan harga yang sangat berpatutan. pasti nanti pelanggan disney+ Hotstar astro memilih unifi kerana unifi tv memberikan harga yang sangat berpatutan.
Artikel ini dapat menjelaskan mengapa Disney+ tidak tersedia di Unifi TV. Tetapi, kita mengharapkan yang terbaik untuk Unifi TV.
Moga pihak TM dan Unifi dapat mengadakan perbincangan dengan pihak Disney Asia kerana unifi tv juga ada menayangkan sebahagian saluran dari Fox group untuk pelanggan unifi tv.
Ini kerana mulai 1 oktober 2021, disney dan fox group akan menamatkan semua saluran mereka di seluruh asia. ini termasuk semua cable tv dan satelit tv.
Moga perbincangan TM dan Disney asia akan membuahkan hasil.
Hi @al-walid99 @Loh123 @dammon23 ,
Pihak TM masih lagi belum mengeluarkan statement mereka berkenaan dengan hal ini. Mengikut pandangan peribadi saya, kerjasama dengan pihak astro kemungkinan menemui jalan buntu.
admin...harap TM jangan bagi astro menopoli semua apps termasuk Disney+ dan Netflix. Harap TM dan unifi dapat cari jalan untuk mendapatkan kerjasama antara Disney asia dan pihak Netflix.
@al-walid99 wrote:admin...harap TM jangan bagi astro menopoli semua apps termasuk Disney+ dan Netflix. Harap TM dan unifi dapat cari jalan untuk mendapatkan kerjasama antara Disney asia dan pihak Netflix.
Berita astro menjadi pengedar rasmi Disney+ Hotstar oleh Astro Awani semalam agak membimbangkan saya bahawa Unifi TV mungkin tidak dapat membawa Disney+ ke dalam platform Unifi TV.
Source: