cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

Pilih antara Disney+ Hotstar atau Lionsgate Play

al-walid99
Distinguished Citizen ✪✪✪

Pilih antara Disney+ Hotstar atau Lionsgate Play

Ramai yg keliru, jika sudah memilih Disney+ Hotstar adakah anda dapat menonton Lionsgate Play.

Selepas anda memilih Disney+ Hotstar, Lionsgate play anda tidak lagi dapat di tonton. Anda harus memilih antara Disney+ Hotstar atau Lionsgate Play.

aplikasi percuma seperti viu, wetv, iqiyi, simply south dan zee tv masih boleh di tonton seperti biasa. cuma Disney+ Hotstar dan Lionsgate Play anda harus memilih salah satu.

6 REPLIES 6
Asnoor
Sheriff

Re: Pilih antara Disney+ Hotstar atau Lionsgate Play

Bermula 22 April 2022, anda diberi pilihan untuk tukar penstriman daripada Lionsgate Play ke Disney+ Hotstar. Anda akan menerima e-mel ke alamat yang berdaftar. Selepas pendaftaran, anda masih dapat menikmati penstriman semasa anda yang diaktifkan sehingga penstriman Ultimate Pack baharu tawaran bermula dari 17 Mei 2022 dan seterusnya.

 

Jika ingin mengekalkan penstriman sedia ada, anda boleh abaikan email tersebut. Anda akan dapat menikmati aplikasi yang diaktifkan sebagai selagi anda masih menjadi pelanggan Ultimate Pack.

LoveForever
Sheriff

Re: Pilih antara Disney+ Hotstar atau Lionsgate Play

Hai  al-walid99. Saya suggest kalau nak tahu lebih lanjut baca FAQ promo apps playtv ni. https://unifi.com.my/tv/support/tv-apps link saya dapatkan melalui portal

Admin_No1
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: Pilih antara Disney+ Hotstar atau Lionsgate Play

Salam Tuan, dari perbincangan dalam thread yang lain disini saya difahamkan yang bahawa pilihan antara lionsgate dan hotstar adalah pilihan bundle/pakej. Ini bermakna pilihan antara Bundle Lionsgate +viu/iqiyi/zee dll. Vs Bundle hotstar, +bein sports dll.

Tambahan pula, setelah saya memeriksa laman web unifi seperti link yang disertakan dalam thread ini, saya dapati hotstar adalah bundle bersama streaming app bein dan bbc.

Mohon pencerahan. Terima kasih
al-walid99
Distinguished Citizen ✪✪✪

Re: Pilih antara Disney+ Hotstar atau Lionsgate Play

Jika anda memilih Pakej Disney+ Hotstar, pakej yg sebelum ini ( Lionsgate play dan 1 aplikasi streaming) automatik terbatal.

Anda harus memilih di antara Pakej Disney+ Hotstar atau Pakej Lionsgate Play.

Admin_No1
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: Pilih antara Disney+ Hotstar atau Lionsgate Play

Terima kasih atas pencerahan , cuma seperti keterangan tuan sebelum ini seperti di bawah:

 

"...aplikasi percuma seperti viu, wetv, iqiyi, simply south dan zee tv masih boleh di tonton seperti biasa. cuma Disney+ Hotstar dan Lionsgate Play anda harus memilih salah satu."

 

yang membuatkan saya sedikit keliru.

 

terima kasih.

 

Edit: ini adalah kerana saya ambil pakej lionsgate bersama iqiyi di unifi. sebelum ini saya ada Viu account ehsan promotion dari McDonald, tapi selepas tempoh premium tamat, saya dah tak boleh tonton apa2 pun di applikasi viu di unifi plus box.

Admin_No1
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: Pilih antara Disney+ Hotstar atau Lionsgate Play