Sebelum kejadian yg unifi tv tak boleh tengok beberapa hari tu.Setiap kali sy on unifi tv tiada masalah untuk login sebab sekali saja sy login id ngan password kat unifi plus box jika sy off dan on semula.Tapi sekarang selepas masalah unifi tv yg tak boleh tonton beberapa hari tu dan masalah dpt diselesaikan masalah lain pula timbul.Jika sy off plus box dan on semula akan kerap kali minta id dgn password.Jadi susah anak² nak tengok tv jika sy bekerja sbb kerap minta id dan password jika off plus box tu..Scan qr code kat login tu pn tak boleh masuk juga.Berkait² masalah ni.Minta bantuan selesaikan masalah ni.
anda pergi ke setting unifi plus box dan cari unifi tv kemudian klik pada aplikasi tersebut. klik pada clear data dn kemudian anda restart semula unifi plus box anda. selepas restart, masukkan semula id dan password unifi tv anda.
Anda pergi ke play store unifi plus box, dan sila update unifi tv apps.
aplikasi update unifi tv, tiada bug. sila update aplikasi unifi tv anda.
Dah buat seperti yg diajar tapi masih sama juga. Bila off dah on semula untuk tengok unifi tv masih minta lagi id dan password.Pastu yg peliknya nak update asyik loading je lama pastu kena off pastu in semula.
Jikalau masih sama, anda reset saja UPB milik anda itu, pergi ke setting dan cari backup dan reset. klik pada reset. selepas reset, UPB akn restart. selepas restart, anda login semula unifi tv dengan id dan password. moga anda sukses.
Anda dah hard reset UPB adakah masalah tetap sama?
Masih juga sama.Saya cuba login id dan password guna qr code dengan handphone pun tak boleh juga.Sebelum ni boleh je tiada masalah.Sejak masalah yg unifi tv tak boleh tengok tu terus jadi macam ni.
jikalau masih juga sama, anda bawa lah unifi plus box anda ke TM point berhampiran kediaman anda. kemungkinan ada masalah teknikal berkenaan dengan unifi plus box anda.
Jika bawa ke TM berhampiran apa yg akan dilakukan oleh pihak TM
Biasanya diaorang akan cuba login guna ID dengan password tuan juga kat sana nak double confirm memang betul atau tidak UPB tuan ada issue
Sebelum ni memang tiada masalah apa pun.sejak unifi tv tak boleh tengok selama 5hari pastu dah dah okay jadi macam ni pula.Ni kalau hantar kat TM entah berapa hari pula baru boleh tengok tv.