cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

Unify Tv selalu 'downloading'

zamanizainal
Contributing Citizen ✪

Unify Tv selalu 'downloading'

Saya gunakan Unifi Tv Box. Kebelakangan selalu 'downloading' saja ketika menonton. Saya guna intranet. Macam mana nak selesaikan?

1 REPLY 1
al-walid99
Distinguished Citizen ✪✪✪

Re: Unify Tv selalu 'downloading'

unifi tv box apa yang saudara gunakan kerana unifi tv ada dua box. unifi plus box dan unifi stb putih.

Jika saudara menggunakan Unifi plus box, waktu menonton live tv buffering, sila offkan router dan modem serentak selama 15-30saat dan kemudian hidupkan semula.

Router dan modem wajib di matikan jika tiada penggunaan dalam jangka masa yg lama untuk refreshkan koneksi wifi.

Selepas di hidupkan, cuba saudara buat speedtest, adakah wifi saudara speednya sama dengan pakej yg saudara langgan. 

Speed yg di perlukan antara 5-10Mbps untuk menonton live tv Full HD. 20-30Mbps untuk menonton ch 4k.

jika bacaan speedtest sama, cuba saudara pasang semula live tv. adakah masih buffering. jika masih buffering, bermakna port unifi saudara harus tm refreshkan. call 100, minta cs tm refreshkan port.