cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

VIU streaming app tak boleh masuk. Cara dlm WEBSITE tak jelas

Unifi_USER1
Contributing Citizen ✪✪

VIU streaming app tak boleh masuk. Cara dlm WEBSITE tak jelas

Untuk yang langgan ULTIMATE package unifi tv PLUS BOX, macam mana nak aktifkan streaming app VIU?
 
Langkah2 dalam ni langsung tak membantu.
Macam mana nak gunakan user id yang diberi melalui email?
 
Langkah2 dalam liongate ni direct je untuk aktifkan.
Tapi untuk viu memeningkan.
 
Dah banyak kali call 100 dan lagi banyak kali live chat tapi masih tak ada penyelesaian:
 
F.A.Q dari ejen unifi (supaya jangan tanya soalan2 *beep* lagi):
1. Masalah encik berkaitan apa ye?
J: Masalah saya, saya tak tahu cara untuk dapatkan exclusive access untuk streaming app viu untuk unifi plus box tv ULTIMATE package. Langkah dalam website langsung tak membantu. Persoalannya: bila masa nak guna user id yang diberi dalam email? (bayangkan kena explain ni setiap kali call 100 atau live chat, ambiklah record)
 
2. Encik dah activate melalui https://activate.unifi.com.my/ott/ ?
J: Of course dah sudah ("takkan tak boleh check dlm sistem sendiri", ckp dlm hati), saya dah dpt email untuk user id utk viu
 
3. Encik dah daftar akaun dekat viu?
J: Dah, banyak kali dengan beberapa email berlainan. Namun, untuk setiap akaun yang didaftar, kalau nak pair dengan tv kena langgan premium viu. Kembali kepada persoalan asal saya, kat mana nak guna user id yg diberi melalui email tu? mana yang kata exclusive access utk viu tu?
 
4. Encik, kalau nak dpt premium drpd viu, encik perlu pakai promo code yg diberi ketika mula2 melanggan unifi tv plus, kalau dah tamat encik perlu langgan sendiri dengan viu.
J: ini bukan pasal bende ni ("jawapan paling bangang berprestasi tinggi drpd orang unifi sendiri", ckp dalam hati). Ini produk awak sendiri, sila lawati laman web awak sendiri di https://www.unifi.com.my/personal/tv
 
5. Encik boleh cuba call viu utk bertanya masalah ini, kemungkinan ini masalah drpd viu.
J: bukan kerja saya untuk telefon sendiri viu. Unifi yang perlu bg step yang betul untuk gunakan user id yang diberi dlm website sendiri. Contoh terbaik nak tengok step yg boleh pakai, macam liongate play di https://www.unifi.com.my/plus-box/lionsgateplay.
Sebelum nak suruh saya call sendiri viu, make sure your website https://www.unifi.com.my/plus-box/viu bg step2 yang boleh pakai utk aktifkan viu "exlusive access" tu (lagi sekali saya tekankan, step yg jelas mcm utk liongate play).
 
6. Boleh encik ulang sekali lg masalah encik?
~~tutttt~~. Bukan saya yang bermasalah, sistem unifi sendiri yang berMASALAH (sesekali bg jawapan putar belit, asyik orang unifi bg jawapan berbelit2, tak jawab2 soalan). MASALAH saya adalah soalan saya masih tak dijawab2. UTK JAWAPAN SOALAN INI, WALAU BERAPA BANYAK KALI DIULANG, DAN DITANYA, SILA RUJUK SOALAN FAQ NO.1.
 
7. Maafkan kami encik (banyak kali diulang). Encik marah ke?
J: Saya pon tak tahu nak maafkan cerok mana dah. Saya bukan marah sebab benci tapi saya marah sebab sayang. Sayang duit dah bayar tapi service tak dapat2
 
P/s: 1-45536280176 ni no. tracking report yg paling LATEST saya buat. Sebelum nak tanya banyak2, khatamkan dulu report tu 100 kali.
2 REPLIES 2
al-walid99
Distinguished Citizen ✪✪✪

Re: VIU streaming app tak boleh masuk. Cara dlm WEBSITE tak jelas

log in gunakan email yg di daftarkan, harus guna unifi untuk log in yea. kerana unifi akn detect ip@ mac address anda.

Jika tak berjaya, cuba klik pada forget password. sebelum nie sya nk log in ZEE5, tiada pun pihak unifi@ pihak ZEE TV memberi activation code di email saya. sya klik pada forget password, barulah pihak ZEE TV memberi cara untuk reset password. selepas reset password, baru saya berjaya log in ZEE5.

Harap anda cuba ikut langkah yg saya gunakan ini.

Unifi_USER1
Contributing Citizen ✪✪

Re: VIU streaming app tak boleh masuk. Cara dlm WEBSITE tak jelas

Dah cuba reset password. Masih tak boleh masuk