cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

playtv @ nokia android

azuanbest
Contributing Citizen ✪✪✪

playtv @ nokia android

salam sejahtera,

playtv ni tak boleh berfungsi dalam nokia android ke? dalam sony xperia boleh dia bersiaran.
Screenshot_20211030-150157.png

 

9 REPLIES 9
anr077
Mayor

Re: playtv @ nokia android

Hai,

 

Dah update ke latest version ke?

 

azuanbest
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: playtv @ nokia android

itu yang terkini la. app yang sama digunakan dalam sony xperia.

cuma dalam nokia sahaja yang tak boleh ditonton. keluar ralat dalam gambar tu.

al-walid99
Distinguished Citizen ✪✪✪

Re: playtv @ nokia android

kemungkinan device nokia tidak support Unifi@play tv. kerana itu anda tidak dapat menonton unifi@play tv. xperia sama seperti device lain contoh samsung, oppo, vivo yg boleh memainkan unifi@play tv tanpa ada keluar ralat atau error.

azuanbest
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: playtv @ nokia android

ya, itu yang saya maksudkan.

play tv app ni seolah-olah tak tahu yang telefon nokia ni wujud. jadi saya minta moderator yang berkaitan panjangkan isu ini kepada pembangun app di dalam tm tu untuk ubah suai baris kod dalam app tersebut supaya dia kenal telefon jenama nokia (ia masih guna sistem operasi yang sama iaitu android).

saya bukan seorang pengaturcara, tapi saya yakin penambahan baris kod ni semudah laman web yang mengenal pasti pelayar web (web browser) yang digunakan melalui salam pengenalan "user agent" yang dihantar boleh pelayar web. jadi kalau sebelum ini playtv app ini tak kenal apa itu telefon bimbit nokia dengan sistem operasi android, buat penambahan kod dalam app tersebut.
lepas tambah kod, compile semula dan lancarkan ke dalam google store sebagai perisian versi terbaharu. Smiley Very Happy

jadi minta mereka kemaskini perisian tersebut dan keluarkan versi baharu supaya app tersebut boleh digunakan dalam telefon nokia.

saya harap mereka ambil maklum perkara ini, walaupun saya tak jangka penambahbaikan ini akan dilakukan sesegera yang mungkin, sebagaimana unifi tv melalui "pc web browser" yang sampai sekarang masih tak boleh digunakan lagi. dah 2 tahun dah. Smiley Wink

karimselamat
Upholding Citizen ✪

Re: playtv @ nokia android

anda rasa mrk ade ms utk sakit pale? Smiley TongueSmiley Tongue

 

webtv pon smpi la nih msih lg xsetel, mobile bebas app pon huru hara lg, lg mau citer psl unifi tv apk tuh nk update? Smiley LOL

azuanbest
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: playtv @ nokia android

sekadar makluman. semalam saja test buka playtv dalam nokia ni. boleh pulak dia berfungsi seperti normal. kali terakhir saya cuba minggu lepas masih tidak berfungsi dengan kod ralat seperti dalam "screenshot" terdahulu.

 

tiada sebarang  kemaskini (update) dibuat, masih guna versi terkini yang dipasang sebulan yang lepas.
kesimpulan yang boleh dibuat, pihak tm di sana baru sedar bahawa peranti nokia ni memang wujud dalam dunia ni, jadi mereka telah pun benarkan capaian dari peranti ini ke pelayan tv mereka. Smiley Very Happy

misteri selesai.

azuanbest
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: playtv @ nokia android

TERKINI! misteri masih belum selesai lagi sebenarnya. lepas dari kejadian "UPS disambar petir" tempohari,

telefon bimbit nokia saya tidak boleh menggunakan playtv kembali. keluar kod ralat seperti sebelum ini.

agaknya disebabkan kejadian disambar petir tu, konfigurasi dan tetapan dia telah bertukar jadi "last known configuration" ye?

Smiley Very Happy

azuanbest
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: playtv @ nokia android

GEMPAR!

hari ni dah boleh buka. boleh jadi pihak berkaitan dah kemaskini senarai "compatibility device" agaknya.Smiley Very Happy


karimselamat
Upholding Citizen ✪

Re: playtv @ nokia android

ha ha. when they been struck by lightning, all settings were revert to default.

thats why ur nokia cannot open the playtv.

luckily you are patient, asking in the forum, and sudenly magic happens. Smiley Tongue