Hai semua.
Apa yang menarik pada Julai ni? Haa banyak yang menarik, anda hanya perlu pilih je.
Nah saya lampirkan semua yang anda boleh tengok. Enjoy!
Memang menarik, tetapi saya harap Unifi TV boleh upgrade saluran-saluran tertentu ke kualiti HD seperti SCM (CH 228), SCM Legend (CH 226), SCC (CH 232), NOW Jelli (CH 233), Sony MAX (CH 331), Colors (CH 341), SAB TV (CH 342), SET TV (CH 343) and Nat Geo Wild (CH 509).
Juga, saya ingin meminta pihak Unifi TV menyemak nombor saluran sebelum mengeluarkan maklumat tentang rancangan ini (termasuk iklan di TV) untuk memastikan pelanggan dapat mengakses saluran-saluran ini. Sekian terima kasih!
admin..belum nk njoi lagi sbb tunggu channel apa yg akan mengantikan slot kosong di unifi tv. banyak sangat2 slot kosong. penganti ch animax HD. jangan biarkan kosong admin. buat pengetahuan admin, astro skrg dalam ujian beta untuk di gunakan di android device. cuma bayaran RM1 utk 20 channel ujian. saya sudah lihat, memang best. boleh di log in di tv LG dan sharp. astro merupakan saingan pada unifi tv. kalau unifi tv asyik dengan slot kosong, jangan tak percaya pelanggan unifi tv akan beralih pada astro android. tak perlukan decoder dan dish untuk astro selepas ini.
unifi tv sepatutnya lihat persaingan ini untuk mantapkan lagi mutu saluran di unifi tv.
harap team unifi tv dapat buka mata dan minda.
Sebagai pelanggan di Unifi TV, saya mendapati saluran Yupp Thirai HD masih belum ada di platform Unifi TV, saya tekan CH301 keluar invalid channel number. Saya menggunakan white box tak dapat receive channel itu.
unifi tv blum lagi launch Yupp Thirai HD. bkan saja di stb putih malahan di unifi plus box juga belum ada. mungkin minggu hadapan atau pertengahan bulan Julai 2020.
Sekarang channel ni dah launch di Unifi TV
Rancangan yang menarik.
Cuma bolehkan saya bagi sedikit cadangan.
Mohon buka satu saluran Mandarin/Kantonis untuk pelanggan yang langgan pakej Aneka+ yang sekarang ini sudah dikurangkan saluran. Dulu dapat juga tonton saluran Cinema World HD dan Paramount HD... dan sikit masa lagi dengar cerita akan dikurangkan lagi.
Walaupun dapat tambahan saluran Dunia Sinema & Pesona HD, alangkah gembira sekiranya saluran Kantonis juga diaktifkan sekurang-kurangnya satu saluran 228 SCM HD.
Terima kasih.
Ruby pack juga sangat berkurangan chienese channel. cuma tinggal 4 channel saja. pelanggan ruby pack sangat terkesan dengan pengurangan channel. dari 10 channel chienese, satu persatu unifi tv buang. sekarang tinggal 4 ch saja bersiaran di Ruby pack plus. Harga langganan tetap sama. RM30.
Aneka pack masih lagi boleh bertahan sebab masih banyak channel.
@al-walid99 wrote:Ruby pack juga sangat berkurangan chienese channel. cuma tinggal 4 channel saja. pelanggan ruby pack sangat terkesan dengan pengurangan channel. dari 10 channel chienese, satu persatu unifi tv buang. sekarang tinggal 4 ch saja bersiaran di Ruby pack plus. Harga langganan tetap sama. RM30.
Aneka pack masih lagi boleh bertahan sebab masih banyak channel.
Kalau Unifi TV boleh bawa saluran TVB dan Phoenix Channels pasti cukup saluran untuk Ruby Pack
Jika Unifi TV ambil saluran-saluran TVB masuk, saluran seperti TVB Jade HD akan menjadi sebahagian Ultimate Pack, bukan Ruby Plus Pack kerana saluran itu sangat mahal macam saluran HBO. Jika itu berlaku, harga Ultimate Pack mungkin akan naik juga.