cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

unifi plus box tak hebat sangat.

smdbmaly
Contributing Citizen ✪✪

unifi plus box tak hebat sangat.

lagi bagus unifi box yang berwarna putih dari pada unifi plus box yang hitam.

Tv plus box ni walaupun tulis 4k untuk gambar yang lebih jelas tapi tak cantik untuk gunakan pada  smart tv yang bukan 4k kerana gambar nya amat kelabu dan tidak tajam seperti  tv box yg putih tu. Juga tiada nota di screen tv jika siaran tersebut ditukar ke channel lain.Ada kalanya apabila siaran ditukar akan mengambil masa yg agak lambat  kerana buffing..

terdapat pelbagai channel yang ada didalam plus box ni tapi boleh dikatakan semua nya kena daftar dan bayar. voice control pun tak lah membantu sangat...Contoh.. "change to tv3"....system tak tau...ahahaha.

Bagi saya unifi box yang putih lagi bagus dari unifi plus box yang hitam  sebab yang putih lagi stabil dari segi buffering....gambar yang terang dan tajam....ada nota pada screen jika channel ditukar .Juga ada channel yang boleh di fast foward dan rewind tapi tidak pada unifi plus box selalu aje hang.

 

9 REPLIES 9
Charmy1
Sheriff

Re: unifi plus box tak hebat sangat.

Setahu saya kalau nak dapatkan siaran 4K yang jelas, TV juga perlu compatible 4K UHD. Unifi plus box ni sambung pakai internet, kalau buffer boleh cuba restart dulu upb dan router. 

al-walid99
Distinguished Citizen ✪✪✪

Re: unifi plus box tak hebat sangat.

Apa yg anda nyatakan ini ada betulnya. kadang kala terdapat buffer jika hendak menukarkan saluran lain walaupun speed unifi sudah maksimum. buffer akn terjadi dalam 5-10 saat baru boleh kita menonton saluran yg kita tukarkan itu.

walaupun menggunakan sambungan LAN cable tetap terjadinya buffer ketika kita menukarkan saluran.

kotak STB walaupun sudah lanjut usia tetapi masih mantap dengan kualiti gambar dan suara yg sangat2 jelas. menggunakan tv definisi 4k kita dapat tontonan yg sangat tajam walaupun kotak stb itu bukannya definisi 4k.

kualiti gambar UPB sangat mengecewakan dengan tv 4k.

Di harapkan team unifi tv dapat memberikan update untuk UPB agar dapat menghilangkan buffer dan memberikan kualiti gambar yg tajam.

Kasmaini
Distinguished Citizen ✪✪

Re: unifi plus box tak hebat sangat.

Betul UPB sangat mengecewakan tiada any improvement 

smdbmaly
Contributing Citizen ✪✪

Re: unifi plus box tak hebat sangat.

sokong apa yang anda cakap. Pegawai unifi pernah cakap masa offer plus box warna hitam ...dengan menggunakan plus box baru ni encik tak perlu risau sebab dalam ni ada bermacam macam siaran yang boleh di lihat dan menggunakan uhd 4k warna lagi cantik dan tajam. Tapi bila dah pakai baru tau akibatnya..banyak siaran yang kena daftar dan bayar.Google web tak boleh masuk hanya boleh download dalam google play.

tak ada kelebihannya pun berbeza dgn box putih yang pegawai unifi cakap out of date.

Admin_No1
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: unifi plus box tak hebat sangat.

Setuju tuan. Sekarang saya dah tak enjoy tengok tv sebab gambar buruk 🙃

smdbmaly
Contributing Citizen ✪✪

Re: unifi plus box tak hebat sangat.

Tu la pasal ...Unifi box ni tak ada keistimewaan langsung...4K kena beli pulak tv yang 4K.

dah buat semua tu tuan...restart box..restart modem router malah dah setting semua picture dan display.tapi masaalah masih sama.

pakai box iptv yg lain elok je gambar.

Kasmaini
Distinguished Citizen ✪✪

Re: unifi plus box tak hebat sangat.

Memang pun rasa menyesal pun ada guna UPB ni

Loh123
Upholding Citizen ✪✪✪

Re: unifi plus box tak hebat sangat.

@smdbmaly, @Kasmaini, @Admin_No1, @al-walid99 dan @Charmy1, sebenarnya kualiti gambar teruk tidak disebabkan oleh UPB. Kalau UPB generasi kedua menggunakan aplikasi yang sama seperti genenasi UPB sekarang, gambarnya akan jadi teruk juga. Mereka perlu mengguna balik setting aplikasi box putih dimana 8.8 Mbps adalah kualiti gambar tertentu untuk semua saluran HD dan judul VOD.

TukulDigital
Sheriff

Re: unifi plus box tak hebat sangat.

@al-walid99 @Admin_No1 @Kasmaini @smdbmaly @Loh123 

Di harapkan pihak unifi dan khusunya unifi tv dapat berikan maklumat postif untuk kita semua. Berkaitan mutu perkhidmatan unifi plus box (UPB).✌