cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

unifi tv apps update

al-walid99
Distinguished Citizen ✪✪✪

unifi tv apps update

Terima kasih unifi tv team, setelah ada update terbaru dari unifi tv kini sudah tiada lagi masalah di unifi tv apps di unifi plus box. Sekarang tidak perlu lagi clear cache atau clear data dan tiada lagi suara berganda bila menonton unifi tv di Unifi Plus Box. Pada yang belum update unifi tv apps yang terbaru sila pergi ke play store unifi plus box anda dan cari unifi tv apps dan update di situ.

2 REPLIES 2
Loh123
Upholding Citizen ✪✪✪

Re: unifi tv apps update

@al-walid99, syukur mendengar tentang update ini. Tetapi kualiti gambar ada meningkat tak? Sebelum update ini, maksima kualiti gambar ialah 3.3 Mbps. Sekarang ada perubahan tak? Saya belum pakai Unifi Plus Box lagi kerana takut nanti keluarga saya tak suka kualiti gambar yang rendah. 😅

al-walid99
Distinguished Citizen ✪✪✪

Re: unifi tv apps update

dari segi kualiti gambar, unifi plus box tidak dapat mengalahkan kualiti gambar di unifi stb yang berwarna putih.

kualiti gambar di unifi plus box sama seperti menonton kualiti SD. sangat mengecewakan. sudah tahun 2021 tapi kita masih menonton saluran tv dengan kualiti SD.

Padahal unifi plus box adalah box 4k. Harap pihak unifi team dan TM dapat menaik taraf kualiti gambar di unifi plus box.