cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

Wi-Fi anda lemah? Ketahui sebabnya

remstr
Mayor

Wi-Fi anda lemah? Ketahui sebabnya

bm For Community-02.png

 

Masalah wi-fi?

Apakah yang menyebabkan signal Wi-Fi yang lemah? Berikut adalah antara beberapa kemungkinan:

 

1. Jumlah peranti yang disambungkan ke Wi-Fi vs Pakej internet yang dilanggan

Perkara ini perlu difahami kerana rata-rata pelanggan internet mungkin tidak menyedari bahawa jumlah peranti yang banyak, jika disambungkan dengan pakej internet yang rendah, akan menyebabkan Wi-Fi yang perlahan. Sebagai contoh, jika anda melanggan pakej internet di bawah 50mbps dan menggunakan lebih daripada lima peranti serentak (telefon bimbit, komputer riba etc), anda mungkin akan mengalami kelajuan Wi-Fi yang perlahan.

 

2. Kandungan internet atau aplikasi yang digunakan

Kandungan internet yang dilayari atau aplikasi yang digunakan akan memberikan kesan kepada kelajuan wi-fi anda. Contoh-contoh aplikasi atau kandungan yang berat adalah:-

  • Menonton kandungan video HD atau 4K
  • Bermain permainan atas talian yang memerlukan bandwidth yang tinggi
  • Aplikasi untuk mesyuarat/pembelajaran atas talian.

3. Lokasi di mana terletaknya peralatan wi-fi

Mungkin ramai yang melanggan pelan internet yang  mahal, tetapi mengalami capaian wi-fi yang kurang memuaskan contohnya di bilik tidur, di tingkat atas rumah dan sebagainya. Lokasi Wi-Fi router anda juga memberikan kesan kepada kelajuan wi-fi anda. Sebagai contoh, jika router anda diletakkan di dalam ruangan yang tertutup, signal wi-fi anda mungkin akan terkesan. Ini kerana, signal wi-fi ini mungkin terjejas kerana tidak dapat menembusi dinding, pintu yang tertutup rapat dan sebagainya. 

 

4. Channel frekuensi wi-fi di peralatan wi-fi anda

Adakah anda tahu bahawa router wi-fi anda selalunya mempunyai channel frekuensi 2.4Ghz dan 5Ghz? Frekuensi mana yang digunakan di alat ini mungkin akan memberikan kesan kepada kelajuan wi-fi anda. Untuk pengetahuan, 2.4Ghz akan memberikan liputan wi-fi yang lebih luas tetapi mungkin kelajuan yang lebih perlahan, manakala 5Ghz akan memberikan liputan yang lebih dekat tetapi kelajuan yang lebih tinggi. Anda boleh menukarkan channel frekuensi ini pada bila-bila masa bergantung kepada keperluan anda.

 

5. Jenis peralatan/perabot di sekeliling peralatan wi-fi anda

Peralatan/perabot yang mempunyai permukaan besi yang berkilat dan peralatan yang mengeluarkan signal elektromagnetik (contohnya ketuhar gelombang mikro) yang berada berhampiran alat wi-fi juga akan memberikan kesan kepada signal wi-fi anda

 

Perkara-perkara di atas akan memberikan kesan kepada kepada pencapaian wi-fi di rumah anda. Salah satu cara untuk meningkatkan pencapaian wi-fi anda, terutamanya kepada peranti yang berada jauh daripada router ­wi-fi anda (contohnya di dalam bilik di tingkat atas rumah), adalah dengan menggunakan mesh wi-fi, di mana signal wi-fi anda akan ditingkatkan di ruang-ruang di mana pencapaian wi-fi di rumah anda adalah lemah.

 


11 REPLIES 11
aayu8687
Contributing Citizen ✪

Re: Wi-Fi anda lemah? Ketahui sebabnya

 
kelvinseah7112
Contributing Citizen ✪

Re: Wi-Fi anda lemah? Ketahui sebabnya

Hi, my wi- fi signal was always move in slow motion. Can u guy do something? I choose your company is because im trust in your product and services but u guy are make me feel very disappointed to your product. Always send someone keep calling me to do this and that to check the unstable wi-fi. Could you sending someone come to my house and check it what the issues. Dont always just giving a call than no more future action. Please serve me a good customer services. Please do not treat my this message as rubbish. Thanks.

Wannn7839
New-in-Town ✪

Re: Wi-Fi anda lemah? Ketahui sebabnya

Line Internet saya sgt slow.... Saya gunakan unifi sim postpaid.. Dah repot banyak kali tapi line tetap slow... Tolong perbaiki dengan segera

AzimNashraf
New-in-Town ✪

Re: Wi-Fi anda lemah? Ketahui sebabnya

Unify u provide connection very bad. I would like to change my postpaid inyernet. The money i pay not valueable that what i get. Very bad connection! Until now im today line 3g only just h not h+ or 4g very bad telco. The value i pay rm64.50 not satisfied that i payed with low internet bad connection slow speed.

AmberF
New-in-Town ✪

Re: Wi-Fi anda lemah? Ketahui sebabnya

I don't know la, my area only provided Steamxy so called Unifi Lite and the wifi is really stuck and super "fast", as this reply also been take some times to send out, so how do you think TM? 

Mdblack86
Contributing Citizen ✪

Re: Wi-Fi anda lemah? Ketahui sebabnya

Tidak Ada leputan fiber internet lemah😥

lalitha5540
New-in-Town ✪

Re: Wi-Fi anda lemah? Ketahui sebabnya

Internet line saya selalu slow je... Kenapa jadi macam ini selalu.. dulu guna stremix pun tak de jadi macam ini . Uni Fi ni selalu loading pula.. tak kan selalu nak report pula . Payment bulanan saya  up fo date clear.. awak orang punye service pun buat je la betul..

Kbmj888
New-in-Town ✪✪

Re: Wi-Fi anda lemah? Ketahui sebabnya

Copper mana blh lawan fibre

Ujangbon
New-in-Town ✪

Re: Wi-Fi anda lemah? Ketahui sebabnya

Kekalkan pemberitahuan contoh seperti ini dalam bahasa Melayu..terima kasih t.M