Bayar 100mbps tapi dapat 10mbps

Fwzrazif90
Contributing Citizen ✪

Bayar 100mbps tapi dapat 10mbps

Macam yang anda baca di tajuk, kawasan rumah kami amatlah tidak terdaya walhal kawasan rumah kami sangat ramai yang menggunkan telco unifi ini. Kami kurang pasti apa alasan mereka untuk tidak naikkan kelajuan di kawasan rumah kami. Kami juga telah banyak kali membuat aduan/report di pejabat tm berdekatan. Namun tiada hasil yang ditunjukkan oleh pihak mereka. Purata atau ratio penggunaan unifi di kawasan rumah kami lebih kurang 1:2. Hal ini menunjukkan "agak" ramai kawasan sekitar kami yang menggunakan tm unifi ini. Kawasan rumah juga tiada telco lain yang menyediakan home wifi. Mungkin itu juga antara sebab mereka tidak mengendahkan kami disebabkan tiada saingan daripada telco lain. Kami membuat aduan kepada anda semua agar kami juga berhak menggunakan tm unifi dengan apa yg kami bayar. Sudah tentu anda mahu pakej yang setimpal dengan apa yang anda bayar. Kami juga begitu. Moga-moga pihak pengurusan juga membaca post ini dengan kadar hati yang terbuka & lapang. Semoga dengan adanya komuniti ini, makin bertambah baik sokongan kepada Tm Unifi ini.

 

sekian,

terima kasih

 

fwzrazif

Tanah Merah , Kelantan

5 REPLIES 5
Fwzrazif90
Contributing Citizen ✪

Re: Bayar 100mbps tapi dapat 10mbps

Sebenarnya post sebelum ini ada yg formal, namun tidak tersubmit atas kealpaan sy mengingat password unifi. Mingkin malam ini akan dikarang semula denga lebih formal
HazroyHasrin
New-in-Town ✪

Re: Bayar 100mbps tapi dapat 10mbps

Hi terlebih dahulu saya juga adalah merupakan pelanggan unifi, cuma mahu beri serba sedikit tentang info berkenaan tajuk ini, jawapan sebenarnya ada terdapat dalam karangan encik sendiri kalau encik perasan, purata pelanggan  di kawasan encik tinggi, jika ramai pelanggan jadi ramai lah pengguna nya , jadi ini akan membuatkan saluran sistem data traffic dari rumah ke Pole dan  Distribution Point (DP)  sangat sesak,saya setuju jika permasalahan ini di tuju kepada TM dan haruslah mereka mengambil langkah penyelesaian seperti menambah DP sedia ada pole dan sebagainya supaya berlaku adil bagi mereka yang mencarum sejumlah wang setiap bulan tetapi tidak mendapatkan perkhidmatan yang diharapkan,ini sekadar perkongsian untuk encik tentang mengapa 100mbps = 10mbps sahaja, Jadi langkah yang harus encik perlu lakukan adalah dengan mencadang penambahan DP,Pole atau yang seangkatan dengan nya secara terus pada pihak pengguna supaya dapat membuka mata pihak berwajib untuk mengambil tindakan. Sekian jika ada salah kosa kata harap maaf, seperti yang diberitahu saya hanyalah salah seorang  pelanggan unifi yang ingin memberi sedikit perkongsian. 

remstr
Mayor

Re: Bayar 100mbps tapi dapat 10mbps

Hai @Fwzrazif90 ,

 

Untuk kepastian dan mengelakkan kekeliruan, anda membayar pakej 100Mbps tetapi speed yang anda dapat adalah 10Mbps, begitu?

 

Adakah anda membuat speedtest menggunakan sambungan kabel? Boleh share sikit lagi?


ojsec
Distinguished Citizen ✪✪

Re: Bayar 100mbps tapi dapat 10mbps

wifi connect speed also effect your line speed .

for my handphone , i check the link speed at wifi connected show 104Mhz when near my router.

when i go room check it drop to 57Mhz cause of blocking wall .

 

wifi.png

jengkaut
Contributing Citizen ✪

Re: Bayar 100mbps tapi dapat 10mbps

Cara paling senang dapat kelajuan unifi paling laju dr apa yang anda subscribe.

 

1)Pakai sambungan internet yang ada 5G@unifi.

2)Kalau HP x boleh dapat line 5G@unifi tukar jek HP baru.

3)Kalau pakai desktop/laptop, sila beli USB internet dongle yang boleh aksess  5G@unifi. Murah jek x smpi RM50 kat shopee.

 

Untuk makluman. 5G@unifi ni bukan 5G generation netwok. Unifi ada 2.4G@unifi dgn 5G@unifi.

 

HP saya guna 2.4G 

 

Desktop saya guna 5G@unifi 

 

Harap membantu.. Smiley Happy