Billing

leyza
Contributing Citizen ✪

Billing

Hi,

saya ada bayar upfront payment rm100 selepas pemasangan unifi. Tapi bil pertama saya bulan ni ada negatif. Macam mana ye?

8 REPLIES 8
remstr
Mayor

Re: Billing

Hai @leyza ,

 

Jika anda baru pasang unifi, kemungkinan anda akan dapat 30 hari free trial.

Bulan pertama akan free, bulan berikutnya akan ada tolak RM100 upfront payment itu.


leyza
Contributing Citizen ✪

Re: Billing

jadi saya perlu bayar ke bil yg negatif bulan ni?

 

dan bulan berikutnya akan ada tolak RM100 upfront payment itu. (maaf saya tak berapa faham yg ini). Maksudnya rm100 tu ada dlm akaun sy dan akan ditolak bulan berikutnya?

remstr
Mayor

Re: Billing

Hai @leyza ,

 

Anda tak perlu bayar, sebab 30 hari pertama adalah free (saya sebut 30 hari bukan sebulan disebabkan oleh bill cycle anda bermula pada tarikh akaun anda aktif) DAN ditambah dengan upfront payment anda RM100 yang akan ditolak pada bill seterusnya nanti.

 

Jika bill anda negatif, anda tak perlu bayar ya.


lilysuhaimi83
New-in-Town ✪

Re: Billing

Saya adalah new user. Saya ada kemusyikilan ttg bil. Ikutkan bil yg dihantar melalui email, mengatakan saya bil date pd 4/8/2020 & due date pd 25/8/2020. Sy ada byr upfront rm 100 pada 5/8/2020 & perlu membyr rm 15.20. soalan say...rm 15.20 tu caj apa? Dan bila boleh saya nikmati free 30 hr tu? Bulan bila kah sy perlu  start membyr monthly? 

Ziqrilhaqim
Contributing Citizen ✪

Re: Billing

Saya ada pasang  unifi 30mbs  . Masa pasang tu dia kata 30 hari pertama ni free . Dan bulan seterusnya baru ditolak dari wang pendahuluan yang rm100 tu . Tapi kenapa bayaran wang pendahuluan saya ditolak pada 30 hari pertama , padahal dinyatakan 30 hari pertama ni percuma . Adakah 30 hari percuma tu hanya rekaan semata mata ?

LoneRanger82
New-in-Town ✪

Re: Billing

Samala jadi kat aku...Masuk bulan 14/8,so penggunaan bulan 8 dtg bill bulan 9...so dia dah tolak advanced RM100...then penggunaan bulan 9 datang bill bulan 10...pun kena bayar jugak....nnti penggunaan bulan 10 dtg bill lagi bulan 11...so dekat mana yang ada free 30 hari...kalau free 30 hari,mesti ada negatif RM129(100mbps) utk sebulan punya bill...bila tanya jawapan mana yg negetifnya pusing2 jawab...pening aku...bill ada sampai dh tunjuk bukti pun boleh pusing2 lagi...

remstr
Mayor

Re: Billing

Hai @LoneRanger82 ,

 

Untuk masalah anda, anda boleh ke TMpoint berdekatan dan minta mereka untuk jelaskan tentang bill breakdown anda.

 

Jika anda memerlukan bantuan secara bersemuka, TMpoint adalah pilihan terbaik.


ojsec
Distinguished Citizen ✪✪

Re: Billing

biasa kalau pengguna baru , bill akan datang bulan ke2 , bila kamu guna pada 14/8 , bill akan datang pada bulan 9 , yang bill ini ada caj untuk bulan 8 dan 9 (bil caj dan guna , bukan guna lepas bayar) , masuk bayar dulu untuk bulan yang nak guna .

dalam bil pertama , bulan 8 tak akan kira free 30hari , dia akan kira prorate sebab bulan tu tak sampai 30hari , yang free tu akan tolak bulan 9 punya , boleh tengok bil pdf .