Claim rebate xde internet 3 hari

Shazwii
Contributing Citizen ✪

Claim rebate xde internet 3 hari

Macam mana nak claim rebate unifi 24hour guarantee. Setiap hari buat report dari hari rabu sampai jumaat. Hari sabtu baru tm technician dtg betul kan. Problem belum selesai tm dah tutp report.Screenshot_2022-04-18-12-14-01-183.jpeg

7 REPLIES 7
fdwhoooo00008
Sheriff

Re: Claim rebate xde internet 3 hari

Hai @Shazwii 

 

Anda layak untuk menikmati tawaran rebat bill berjumlah RM50 (Perkhidmatan Baik Pulih dalam masa 24 jam) sekiranya anda;

 

1. Pengguna unifi Home/SME 100Mbps ke atas
2. Telah melaporkan kerosakan pada saluran rasmi TM (TMpoint, Livechat, PM facebook/twitter dan emel)
3. Laporan dilakukan ketika downtime berlaku, bukan selepas ianya selesai.
4. Jenis kerosakan adalah disebabkan oleh TM (TM fault) dan juga pihak ketiga (3rd party)

Jika anda layak, anda akan diberitahu melalui SMS. Jadi jika anda mengalami masalah, terus buat laporan tanpa tunggu lagi.

 

Jika anda layak, rebat akan di beri melalui myunifi app > rewards

 

Ataupun, anda juga boleh memohon rebat terus melalui CS > Live Chat https://unifi.com.my/support/contact-us / PM Facebook unifi / Twitter @helpmeunifi.

 

Harap membantu 😊

Shazwii
Contributing Citizen ✪

Re: Claim rebate xde internet 3 hari

1.saya pengguna unifi 300mbps

2.laporan dibuat ketika downtime, hari rabu tengahari tapi problem belum selesai (xde technician dtg) malam tu tm dah tutup laporan. So hari khamis buat lagi laporan belum sampai 24jam tm dah tutup laporan, hari jumaat buat lagi laporan. Hari sabtu pukul 10pg bru technician dtg betulkan wayar kat tiang luar. So basically tm tutup lapor walaupun belum selesai problem, sebelum sampai 24jam so tak boleh claim rebate 24 guarantee.

Shazwii
Contributing Citizen ✪

Re: Claim rebate xde internet 3 hari

Screenshot_20220418-135545.png

fdwhoooo00008
Sheriff

Re: Claim rebate xde internet 3 hari

@Shazwii Ya, rebat adalah berdasarkan laporan dan mestilah melebihi 24 jam. Anda dah cuba check dengan customer support > https://home.unifi.com.my/support/contact-us?

Kasmaini
Distinguished Citizen ✪✪✪

Re: Claim rebate xde internet 3 hari

Anda dah call 100 untuk minta rebate tak dengan bahagian Biling Department?

Shazwii
Contributing Citizen ✪

Re: Claim rebate xde internet 3 hari

Already contacted live chat😑😑😑 basically i just got scammed by tm 24h guarantee. Report 1&2 say problem solve dlm 24jam padahal xde technician yg dtg pun. report 3 saya internal wiring padahal hari sabtu technician dtg cakap cable luar problem sebab ade orang potong pokok. Technician betul kan cable kat tiang luar je.Screenshot_20220418-203226.png

bintang_
Sheriff

Re: Claim rebate xde internet 3 hari


@Shazwii wrote:

Already contacted live chat😑😑😑 basically i just got scammed by tm 24h guarantee. Report 1&2 say problem solve dlm 24jam padahal xde technician yg dtg pun. report 3 saya internal wiring padahal hari sabtu technician dtg cakap cable luar problem sebab ade orang potong pokok. Technician betul kan cable kat tiang luar je.Screenshot_20220418-203226.png


Jika tengok chat you dengan agent LC unifi ni, laporan teknikal memang sudah ditutup. Tapi mcm ada laporan yang akan dibuka (baru) untuk isu rebat. You dah terima nombor laporan atau maklum balas untuk isu rebat tak? You boleh semak dengan pihak Live Chat juga untuk perkembangan laporan atau unifi support yang lain > https://home.unifi.com.my/support/contact-us