Nasib duduk kampung infra unifi cincai. Rumah saya terletak tengah2 antara dua dp box di sepanjang jalan utama. Jarak antara 2 dp box tu 600 meter. Tapi bila nak masuk rumah saya jadi dah lebih 400 meter. Nak harap jiran2 kampung apply unifi bagi cukup demand memang tak la sebab jiran2 semua orang tua². mereput la aku kat sini takda unifi.. Saja nak lepas geram kat sini.
Guna unifi air jika ada coverage. Tak perlu ada DP. Slow sikit tapi sekurang2nya ada.
Boleh juga guna Connect me. Tapi mahal sikit. Teknologi guna setelite. Mana ceruk pun bolih guna internet.
Hai @Ayih ,
Apa yang boleh saya nampak bila analisa kedudukan rumah anda ni, ia disebabkan rumah anda berada di dalam sedikit, dan memerlukan sekurang kurangnya 3 tiang (anggaran kasar) untuk sampai ke rumah anda.
Ini biasa berlaku untuk rumah dalam lot persendirian.
Hi, mayor, saya pun facing sama problem ni, can you please help me to check whether boleh pasang kat rumah kampung saya?