cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

Khidmat Bantuan Pelanggan mengecewakan

firdaus5979
Contributing Citizen ✪

Khidmat Bantuan Pelanggan mengecewakan

Saya telah banyak kali menghubungi bantuan pelanggan sejak 2 minggu lalu untuk pemasangan Unifi fibre. 

Tetapi tidak ada sebarang update melalui e-mail mahupun sms. Hinggalah saya sendiri bertanya di live chat. Pemasangan akan dibuat pada 3 Mac. 

Bagaimanapun ia gagal dibuat kerana tiang telepon condong. Dan setelah saya bertanya lagi di live chat, pemasangan dijadualkan pada 17 mac. 

Saya minta jika boleh dipercepatkan. Dan ejen memberitahu pada Jumaat ini. 

 

Bagaimanapun, tarikh yang diberi adalah 19 mac. Saya pun tak tahu bagaimana 19 mac lebih cepat dari 17 mac? Dan ejen seolah² menyalahkan saya sebab menukar tarikh. Sedangkan dia memberitahu akan periksa dahulu. Tanpa periksa diberi tarikh yang lebih lewat. Amat mengecewakan kualiti live chat. 

2 REPLIES 2
anr077
Mayor

Re: Khidmat Bantuan Pelanggan mengecewakan

Hai,

 

Biasanya untuk temujanji bergantung pada kekosongan untuk hari tersebut jugak. Mungkin pada tarikh yang anda minta untuk cepatkan tu dah penuh dengan temujanji lain. Harap bersabar ya Smiley Very Happy

 

 

zaimani
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: Khidmat Bantuan Pelanggan mengecewakan

Kena sabar dan jangan mendesak. Jika tidak mereka  bagi alasan port penuh dan bukan lagi tiang talifon condong. Lagi susah bro...