cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

Line slow teruk dekat level atas

Nso89
Contributing Citizen ✪

Line slow teruk dekat level atas

30mbps.Rumah teras dua tingkat. Port dekat bawah.saya konfius apa sebenarnya punca line slow

issue -

1) line dekat level bawah no problem. Laju

 

2) masa 1stday pasang unifi baik je line 1 rumah. Esok lusanya..line dekat level atas siang sampai malam slow! Connection on off on off. Tapi!! Lepas jam 11 malam dia laju. Whyy?? Maksudnya bukan sebab speed 30mbps tak mencukupi kan

3) ada pakai repeater, awal2 okay line jadi lajua level atas.. tapi masuk the next day buat hal balik.. givup rasa.. tolong la saya

6 REPLIES 6
remstr
Mayor

Re: Line slow teruk dekat level atas

Hi @Nso89 ,

 

Untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat, anda harus check speed di bawah, sekitar modem anda.

Jika speed di kawasan itu OK, maksudnya bukan masalah speed tetapi masalah capaian (range).

 

Seperti yang anda tahu, range router tak akan sampai ke tingkat atas tanpa sebarang loss. Repeater yang anda guna itu harus dipastikan berfungsi atau tidak. Saya syorkan mesh wifi, ianya lebih mudah dan berkesan.


Nso89
Contributing Citizen ✪

Re: Line slow teruk dekat level atas

okay baik saya akan check speed dekat area router.

'range router tak akan sampai ke tingkat atas tanpa sebarang loss' maksudnya mcm mana ya. saya tak brapa faham.

repeater saya pakai brand xiaomi (mi wifi range extender pro). Suggest by technician TM yg dtg buat installation haritu. untuk tarik wifi ke level atas. Lampu elok nyala biru, tp tu la line kerap on off. Geram betul ya.. Tapi kan encik, kenapa lepas jam 11malam  line level atas jadi okay? Ni saya pelik.. encik tau tak kenapa?

 

pasal MESH wifi tu, fungsi sama mcm xiaomi repetear? 

 

tq encik kerana respon ya.stay safe.

remstr
Mayor

Re: Line slow teruk dekat level atas

Hai @Nso89 ,

 

Maksud tanpa sebarang loss itu adalah seperti yang kita tahu, semakin jauh anda dari router semakin lemah signal yang anda dapat. Seperti dari tingkat bawah ke atas, ianya akan menjadi lemah kerana jarak dan juga halangan dinding.

 

Signal anda akan loss atau hilang/lemah. Itu maksud saya.

 

Saya tak pasti akan wifi extender anda, tetapi saya syorkan anda menggunakan mesh wifi atau power line, yang dimana fungsinya adalah lebih kurang.

 

Mesh wifi adalah seperti wifi extender, tetapi lebih stabil kerana anda boleh letak 1 unit mesh di tingkat atas dan liputannya akan menjadi lebih besar, seperti anda letakkan router di tingkat atas.

 

Saya pengguna mesh wifi Deco M4, ini yang paling basic TM offer hanya RM15/sebulan. Setakat ini saya berpuas hati dengan prestasi mesh ini.


Nso89
Contributing Citizen ✪

Re: Line slow teruk dekat level atas

oh ohh ok faham,

 

cuma saya masih lagi curious dengan line ni, bila siang line dekat level bawah mmg ok, atas je sangat teruk. tapi bila lepas jam 11 malam, line dekat level atas ok!  why ? kenapa lepas jam 11 malam baru ok? kenapa siang teruk gila..ada kemungkinan ke line saya kena hack masa siang? encik tahu tak kenapa?

 

berkenaan Mesh, saya tak berniat nak pakai lagi sebab perlu komitmen bulanan tambahan pula..

cuma saya ada plan untuk relocate router naik ke level atas. kerana usage lebih di level atas. so mmg peritnya hati work from home bila line tak beri kerjasama langsung.  boleh saya tahu proses relocation? and ada kos tambahan tak? mahal ?

remstr
Mayor

Re: Line slow teruk dekat level atas

Hai @Nso89 ,

 

Saya tak rasa berlaku aktiviti hacking atau sebagainya, melainkan anda ada share password anda dengan jiran tetangga.

 

Jika anda mahu relocate router ke atas, itu anda perlu berurusan dengan kontraktor. Dalam community ini ada disediakan list of contractor mengikut negeri untuk anda hubungi.

 

Perlu anda ingat, kos adalah diantara anda dan kontraktor ya.


Charlize
Upholding Citizen ✪✪✪

Re: Line slow teruk dekat level atas

Bila line level atas teruk adakah live level bawah juga teruk? Adakah sama-sama teruk pada masa yang sama? Pukul berapa start teruk?