Salam sejahtera.
Saya nak tanya berkenaan bagaimana caranya saya nak tukar modem jenama ZTE modal MF286C kepada modem jenama HUAWEI model B618S ?
Ini kerana modem yang saya terima dari kontrak Unifi Air adalah tidak berbaloi disebabkan perbezaan harga antara kedua-dua model di atas.
Ini juga kerana perbezaan speed yang diperolehi oleh kedua-dua model modem tersebut adalah jauh berbeza.
Hai @Emyherwin ,
Untuk pengetahuan anda, unifi tidak lagi menawarkan modem Huawei untuk unifi Air.
Keduanya, performance atau prestasi adalah sama dan hampir sama.
Berkenaan dengan harga, anda akan dapat kontrak yg sama dengan modem apa pun. Perkara ini adalah sama dengan unifi Home dimana banyak model digunakan oleh pelanggan tetapi semuanya ada kontrak yang sama.
Mana ada sama tuan.
Memang specs device hampir sama tapi result speedtest memang jauh berbeza.
Ini kerana saya sudah pun buat speedtest tersebut berulang kali.
Jadi saya harap untuk mengekalkan kontrak Unifi Air ini saya perlu dapatkan pertukaran modem tersebut dari pihak Unifi.
Sebab apa saya memohon pertukaran tersebut kerana kawan saya terima modem jenama Huawei model B618 sedangkan saya daftar sebelum dia tapi terima modem ZTE model MF286C
Hai @Emyherwin ,
Mengikut spec sheets yg dibekalkan oleh product owner, kemampuan kedua dua modem tersebut adalah hampir sama. Itu yang dimaklumkan kepada kami di sini.
Mengikut mereka lagi, Modem dari Huawei sudah tiada dan memang hanya ZTE yang akan dibekalkan untuk unifi Air.
Itu yang saya tahu buat masa sekarang.
Ya betul itu yang akan diberitahu oleh pihak unifi.
Tetapi dari pengguna yang berpengalaman yang telah menggunakan antara kedua-dua jenama modem tersebut ternyata modem Huawei B618 adalah jauh lebih baik dari modem ZTE MF286C.
Dari aspek harga juga jauh berbeza di pasaran.
Hai @Emyherwin ,
Dari segi harga tak boleh nak komen, sebab semuanya ada kontrak kan. Cuma memang modem Huawei dah tak ada dan hanya ada ZTE sekarang.
Kenapa pula tak boleh komen dari segi harga?
Sebab harga lah saya boleh pertikaikan tempoh kontrak tersebut.
Modem Huawei B618S logik dan boleh diterima untuk tempoh kontrak 24bulan kerana harga modem tersebut melebihi RM700 ke atas di pasaran.
Modem ZTE MF286C tidak logik untuk tempoh kontrak 24bulan kerana harga modem tersebut tidak melebihi pun RM400. Sesuai untuk tempoh kontrak hanya 12bulan sahaja.
Maka rumusannya jika perlu diteruskan untuk kontrak 24bulan pihak TM perlu memberi modem jenama Huawei B618S kepada pelangganya.
Jika pelanggan tersebut hendak meneruskan penggunaan modem ZTE MF286C maka pihak TM perlu memendekkan tempoh kontrak mereka kepada hanya 12bulan sahaja.
Saya rasa ini adalah sewajarnya supaya pelanggan tidak akan rasa teraniaya.
reply la cepat....org kasi fakta x pndai reply plak