Apabila saya download myunifi apps dan mendaftar untuk pembayaran bil unifi yg baru saya langgan pada 16/6/2022. Saya melihat terdapat 1 akaun unifi yg menggunakan nama saya. Mungkin orang itu telah memalsukan dokumen untuk langgan unifi. Saya berasa amat tidak puas hati jika begini. Mohon pihak unifi siasat perkara ini.
Terima kasih.
@Rizalrossi_85 Kalau pasti tak pernah daftar akaun tersebut, boleh rujuk dengan pihak unifi https://unifi.com.my/support/contact-us untuk semakan dan bantuan lanjut. Selalunya, pihak unifi akan minta buat laporan polis kalau memang tak pernah daftar.
Hai, @Rizalrossi_85. Saya sarankan anda untuk hubungi pihak unifi di https://home.unifi.com.my/support/contact-us untuk laporan dan bantuan lanjut. Memandangkan masalah ini berkaitan dengan pemalsuan dokumen, kemungkinan mereka akan minta anda buat laporan Polis bagi tujuan siasatan lanjut.