Saya telah ke TM Point Kuala Terengganu untuk memohon pemasangan Unifi. Malangnya saya telah diberitahu tiada port dipasang di kawasan perumahan Kondo Rakyat Kuala Ibai di Kuala Terengganu, sedangkan di kawasan sekitar telah banyak port dipasang.
Saya mohon agar dapat dipasang port Unifi di kawasan ini kerana telah banyak dipasang di kawasan sekitar. Seolah-olah kawasan ini dipinggirkan dari mendapat kemudahan Unifi.
Sekian, terima kasih.