Permohonan Unifi Terlalu Lama Masa Proses

kuruskeding
Contributing Citizen ✪

Permohonan Unifi Terlalu Lama Masa Proses

Salam sejahtera,

 

Saya ingin tahu berapa lama proses pendaftaran dan pemasangan unifi? Sejak 25/5/2021 saya dah melalui website dan terima email dengan nombor tempahan serta maklumat yang pihak akan hubungi saya untuk pengesahan. Tetapi sebaliknya berlaku. Hari berlalu hari, saya yang terpaksa buat panggilan kepada pihak TM untuk bertanya status permohonan saya. Dan 2/6/2021 pihak TM buat panggilan dan nyatakan proses untuk mengenalpasti port dan pemasangan mengambil masa 2 minggu dan kira-kira sebulan waktu menunggu saya seakan-akan saya masih belum dapat perkhidmatan unifi. Hanya kerana pemohonan rangkaian internet tempatan dan syarikat utama internet Malaysia, ambil masa terlalu lama? Sedangkan pengesahan pemohonan saya belum disahkan oleh pihak TM. 

 

Beginikah pihak TM menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Malaysia? Perkhidmatan yang memuaskan menjamin kelangsungan syarikat anda dimata rakyat Malaysia ya tuan/puan. Mohon selaraskan semula cara syarikat tuan/puan mengendalikan perkhidmatan untuk rakyat dimasa hadapan.

2 REPLIES 2
remstr
Mayor

Re: Permohonan Unifi Terlalu Lama Masa Proses

Hai @kuruskeding ,

 

Pemasangan port memang akan mengambil masa. Ianya akan bergantung kepada plan TM sendiri untuk menambah port di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi. Semuanya bergantung atas kapasiti waiters di kawasan tersebut.


kuruskeding
Contributing Citizen ✪

Re: Permohonan Unifi Terlalu Lama Masa Proses

Kira-kiranya permohonan saya belum pasti lulus? Baik, terima kasih atas jawapan dari pihak. Terpaksa saya melihat perkhidmatan dari pihak lain. Sekali lagi terima kasih.