Saya sudah menghubungi 100 untuk memaklumkan permohonan saya untuk relocate. katanya saya akan dihubungi selepas 3 hari oleh pihak unifi akan tetapi sehingga hari ini selepas 3 hari tiada siapa wakil dari Unifi yang menghubungi saya
Hi @Na2ri
Ada tak TMPoint yang terdekat dengan lokasi semasa Tuan? Berdasarkan pengalaman saya, lebih baik jika permohonan dibuat terus di TMPoint. Ini kerana, TMPoint perlu menyemak terlebih dahulu status fiber di lokasi rumah baru Tuan. Jika tidak, TMPoint perlu untuk membuat proses demand survey dan lain-lain proses berkaitan.