SATUS MENUNGGU PERMOHONAN UNIFI

Muslim2
New-in-Town ✪

SATUS MENUNGGU PERMOHONAN UNIFI

Kepada Telekom Malaysia (UNIFI),

 

Saya adalah pemohon UNIFI dan dimaklumkan permohonan saya adalah di dalam senarai menunggu kerana tiada port yang kosong di kawasan saya dan menunggu dengan tempoh yang lama. Namun, begitu saya memerlukan internet yang stabil seperti UNIFI untuk menguruskan hal-hal kerja dan anak yang perlu belajar secara atas talian maya.

 

Telekom Malaysia sebagai peneraju jalur lebar utama di Malaysia seharusnya mengambil mengambil Tindakan yang inisiatif dengan keadaan peredaran semasa yang berlaku sekarang adalah penularan wabak Covid-19 yang menyebabkan ramai pekerja yang perlu bekerja dari rumah dan pelajar yang belajar secara atas talian maya. Telekom Malaysia seharusnya membuka lebih port kosong dengan peredaran semasa sekarang untuk pekerja dan pelajar untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan memerlukan secara atas talian maya dengan internet yang stabil seperti UNIFI.

 

Sekiranya Telekom Malaysia tidak dapat menyegerakan port kosong (Not Fit) dengan cepat, mungkin kerajaan perlu memberi ruang keutamaan kepada operator telekomunikasi yang lain dapat dan berkemampuan menyediakan port kosong dengan cepat tanpa perlu berkongsi port dengan Telekom Malaysia.

 

Sebagai peneraju jalur lebar utama di Malaysia seharusya menyediakan prkhidmatan yang lebih cepat dan terbaik daripada telekomunikasi operator yang lain.

 

Berikut adalah alamat kawasan rumah saya :

 

Mutiara Apartment, Jln Klang Lama,

BT 5, Tmn Pasir Permata, 58200

Kuala Lumpur

 

Saya berharap sangat pihak Telekom Malaysia (UNIFI) dapat menyegerakan pemasangan port yang baru secepat mungkin.

 

Sekian, terima kasih.

 

Sila berhubung dengan saya di talian : 012-7213743

1 REPLY 1
remstr
Mayor

Re: SATUS MENUNGGU PERMOHONAN UNIFI

Hai @Muslim2 ,

 

Jika anda tengok balik dalam community ini, masalah tiada port adalah paling popular. Ini adalah kerana masalah ini tiada penyelesaian yang khusus.

 

TM akan menambah port sekiranya kawasan tersebut mempunyai permintaan. Macamana nak track permintaan tersebut? dengan mendaftar sebagai waiters.

 

Sekiranya permintaan sudah cukup, bila TM akan tambah? Itu bergantung kepada plan projek di kawasan tersebut, ianya boleh berlaku dalam tempoh 2 minggu sehingga ke 2 bulan atau lebih.

 

Apa yang selalu saya pesan kepada mereka yang menghadapi masalah ini adalah dengan mendaftar sebagai waiters di TMpoint atau melalui https://unifi.com.my/unifi-en/ijoin/slof.page