TM Port penuh

Smurugan6195
Contributing Citizen ✪

TM Port penuh

TM UNIFI PORT PENUH

Saya tinggal di kawasan No:86 Jalan Scientex Maju 6, Tmn Scientex Kulai 2, 81000 Kulai, Johor.

banyak kali saya telah buat permohonan unifi tapi jawapan yang saya dapat adalah "port penuh , kami akan masukan dalam demand list", bagi saya jawapan seperti ini sesuatu jawapan yang sukar untuk diterima daripada syarikat yang besar sejak bertahun.

Kenapa syarikat tm tak boleh sediakan port lebih untuk setiap 1 rumah sedangkan syabas dan tnb ada khas untuk setiap rumah. pada waktu covid yang masih tiada penghujungnya penggunaan internet yang stabil terlalu penting untuk tujuan kerja dan pembelajaran namun dikawasan saya masih tiada sebarang tindakan yang positif daripada pihak tm maka dengan itu ramai pennduduk terpaksa guna internet broadband dan untuk mendapat capaian internet yang kuat dan stabil kami terpaksa duduk dari pagi sampai ke petang balcony.

jika ingin cuba unifi fiber syarikat telco lain tetap tak apa kerapa port tersebut harus disediakan oleh pihak tm tapi pihak tm masih tak ambil tindakan dengan cepat.

 

sebelum ini saya tinggal dikawasan Tmn Bintang, 81400 Senai Johor, disitu tiada masalah dan tiada yang complaint pasal kekurangan Port TM.

 

Minta tolong uruskan dengan segera masalah Port di rumah saya.  

Sekian terima kasih.

5 REPLIES 5
rockybalboa
Sheriff

Re: TM Port penuh

Hi @Smurugan6195 . Boleh  kemukakan isu port penuh kepada https://www.facebook.com/weareunifi/ atau  https://twitter.com/unifi. Mungkin mereka boleh perincikan permasalahan dengan lanjut.

 
 
J0seY
Sheriff

Re: TM Port penuh

Hai, @Smurugan6195 . Boleh juga jika call terus ke talian 100 atau buat semakan di TMpoint. Kalau nak semak dengan Live Chat pon boleh. Boleh semak link ini > https://home.unifi.com.my/support/contact-us

Kasmaini
Distinguished Citizen ✪✪✪

Re: TM Port penuh

Anda dah cuba pergi ke HQ TMPoint terdekat anda untuk minta diaorang masukkan anda ke dalam Demand List dahulu?

Smurugan6195
Contributing Citizen ✪

Re: TM Port penuh

TM Point beritau kami Demand List dah keluar dan tunggu kontraktor pasang Port.

Bila tanya jangka masa, mereka balas tidak boleh ditentukan.

Terpaksa kami kena tunggu tanpa diketauhi.

 

Su8
Sheriff
Sheriff

Re: TM Port penuh

Hai @Smurugan6195. Sebelum ini saya juga mengalami isu yang sama. Memang telah di maklumkan oleh pihak TM yang ketersediaan infra/port unifi yang akan dilakukan di satu-satu kawasan adalah secara berperingkat dan bergantung kepada faktor infrastruktur juga. Akhirnya dapat juga pasang. Jika permintaan sudah masuk dalam demand list, harapan untuk pasang ada peluang besar. Harap pemasangn port di tempat anda dapat di lakukan segera. Jika anda ada sudah buat laporan, boleh kongsikan di sini. Mungkin kawan-kawan kita dalam community boleh bantu. Atau boleh terus hubungi pusat servis di 100 atau live chat.