cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

Technician

balyajohari30
Contributing Citizen ✪

Technician

Nak tanya..biasa nya kalau unifi kita problem , kita call customer service , biasa nya customer service akan tahu kerosakan berpunca dr dalam atau luar rumah kan? 

 

Macam kes saya , memang selalu kes wayar putus kat luar sebab monyet gigit.. bila call customer service pun... Dorg detect kerosakan dr luar rumah. Bukan dalam rumah..

 

bila technician datang... Dia belum cek pun kerosakan di luar rumah( mcm biasa technician lain buat) 

Tiba tiba dia terus cakap rosak dari dalam dan kena cas bayar cash kat dia rm50. 

Selepas sy bagitahu ada wayar yang rosak di luar rumah , baru mereka pergi cek dan betulkan... Lepas tu tetap juga sy kena bayar cash rm50 pada mereka... 

 

Sedangkan wayar yang dia kata rosak dalam rumha tu...saya tak pernah usik pun sebab tergantung di atas.. 

 

Macam ada yang pelik disitu. 

 

Soalan saya.. boleh kah sebarang cas berkenaan kerosakan dalam rumah masuk dalam bil sahaja tanpa perlu sy keluarkan cash bagi pada technician? 

 

1 REPLY 1
remstr
Mayor

Re: Technician

Hai @balyajohari30 ,

 

Caj OSS (on site support) akan berlaku bila kerosakan berlaku di pihak pelanggan, tetapi caj tersebut bukan dibayar secara cash.

 

Semuanya akan masuk dalam next bill. Jika masalah anda adalah monyet dan berlaku di luar sana kemungkinan caj OSS tidak akan berlaku.

 

Erti kata lain, technician tersebut kemungkinan telah salah charge anda. Disini saya cakap mungkin kerana saya tak tahu apa baikpulih yang dia buat, sama ada kena tukar apa apa.

 

Jadi apa yang anda perlu lakukan? JIka anda masih ada nombor technician tersebut, anda boleh hubungi beliau dan minta resit rasmi. Juga minta dia senaraikan apa yang ditukar. Nama dan syarikat dia bekerja pun anda boleh dapatkan dari dia untuk tujuan membuat complaint nanti.