cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

UNIFI PLAN VIP10 10Mbps VS Turbo 100Mbps

SOLVED
Highlighted
Contributing Citizen ✪✪

UNIFI PLAN VIP10 10Mbps VS Turbo 100Mbps

**Post kali kedua selepas post pertama telah dikeluarkan/dipadam.

 

Sehingga kini plan VIP10 saya belum dinaiktaraf ke 100Mbps dan ini kerugian besar terhadap pengguna seperti saya walaupun saya telah memohon menaik taraf pada kempen Free Turbo Upgrade pada tahun 2018.

 

Berikut adalah perbezaan harga antara VIP10 dan Turbo 100Mbps :

 

VIP10 10Mbps: - 90GB Quota

VIP10                                       - RM 149

HyppTv Ultimate Pack   - RM 60

SST 6%                                     - RM 12.50

TOTAL                                      - RM 221.50 

 

Turbo 100Mbps:- Unlimited Quota

Turbo 100Mbps                  - RM 129

HyppTv Ultimate Pack    - RM 30

SST 6%                                      - RM 9.50

TOTAL                                       - RM 168.50

 

Penjimatan yang saya dapat ialah RM 53.00 berserta kelajuan internet 100Mbps jika menukar kepada plan baru.

 

Agak terkilan dengan layanan TM terhadap pelanggan setia Unifi. Bertambah terkilan pakej HyppTv Ultimate Pack pada plan baru separuh harga daripada plan semasa saya. Aduan dah dibuat beberapa kali melalui telefon, live chat, dan kaunter, namun tiada penyelesaiannya. Permohonan untuk menukar plan juga telah beberapa kali saya mohon namun tiada wakil dari TM yang menghubungi saya. Saya tidak kisah jika kontrak saya diperbaharui akibat menukar plan kerana ia berbaloi dengan penjimatan yang saya dapat berserta internet kelajuan tinggi namun pihak TM seakan tidak mengambil serius dalam hal ini. 

 

Diharap pihak TM akan mengambil perhatian dalam masalah ini, kerana jika tiada perhatian serius dalam penyelesaian ini, jalan terakhir saya ialah membuat aduan kepada MCMC.

 

Terima kasih

9 REPLIES 9
Sheriff

Re: UNIFI PLAN VIP10 10Mbps VS Turbo 100Mbps

Status turbo layak atau tak?

 

Boleh share?


footer remstr 1.png

Contributing Citizen ✪✪

Re: UNIFI PLAN VIP10 10Mbps VS Turbo 100Mbps

VIP 10

 

 
Service Details


 
Service Address



 

SUBMITTED
 
 
TIADA #khabarbaik
 
Untuk pengetahuan juga, pada awal tahun ini (2019) saya telah berpindah ke rumah jenis landed, modem pun telah ditukar kepada jenis fibre optic oleh TM. Router saya tukar sendiri kepada jenis AC1200 Dual Band  WAN&LAN Gigabit Port memandangkan TM tidak menukar router baru. Namun permohonan saya untuk menaik taraf atau menukar kepada plan baru masih tiada respon dari pihak TM. Semalam sekali lagi pergi ke TM Point, sekali lagi saya kecewa apabila dimaklumkan akaun saya dikategorikan dalam SME segment group, sepatutnya akaun saya adalah Residential segment group. Layak ke saya menerima rebate atas kesilapan ni?
 
Harap pihak TM dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana saya tak sanggup mendengar alasan suruh menunggu, dah lama menunggu dan berapa banyak lagi kerugian wang saya perlu bayar kepada TM untuk menunggu.
 
Terima kasih.
Sheriff

Re: UNIFI PLAN VIP10 10Mbps VS Turbo 100Mbps

Dah check ke belum, dkat alamat baru tu ada unifi atau tidak?

 

 


footer remstr 1.png

Contributing Citizen ✪✪

Re: UNIFI PLAN VIP10 10Mbps VS Turbo 100Mbps

Sekarang saya tengah balas mesej ni menggunakan internet yang dibekalkan UNIFI di alamat baru rumah saya. Kan saya dah explain TM dah tukar modem UNIFI fiber optic kat alamat baru, sepatutnya tak ada masalah, pergi TM Point semalam pun mereka pelik kenapa tak boleh upgrade. Katanya mungkin ada kekeliruan sebab akaun saya dalam SME segment bukan Residential segment. Bila pulak saya ada register akaun untuk SME segment? Mula2 saya register pun plan VIP5 lepas tu TM upgrade ke VIP10 selepas saya buat aduan internet slow, bila masa plan VIP5 ditawarkan untuk SME? Nak suruh tukar plan pun susah, saya sanggup kot sambung 2  tahun kontrak asalkan boleh berjimat dan dapat internet laju daripada suruh tunggu dan tunggu, duit makin banyak keluar.

Sheriff

Re: UNIFI PLAN VIP10 10Mbps VS Turbo 100Mbps

ijust want to make sure the address was correct, because youve given us your old adress, at Vista Lavender, am i right?

 

If you have moved, and it all was success BUT you cant upgrade due to your unifi was tagged as SME, then i think you need to walk in to TMpoint (not TAD) and submit a request to change your sub-group.

 

If you dont have time you can always livechat with them.

 

 


footer remstr 1.png

Contributing Citizen ✪✪

Re: UNIFI PLAN VIP10 10Mbps VS Turbo 100Mbps

Saya pergi TM Point Damansara Utama bukan TAD. Old address tu masa saya request untuk Turbo upgrade. Bila pindah, alamat di turbo status masih tak berubah masih alamat lama, cuma alamat baru berubah pada bil  dan pada profile saya di Unifi portal. Bila pindah dah request untuk upgrade sekali lagi tapi tu yang sampai sekarang masalah belum selesai. Phone, livechat, TM Point, semua saya dah cuba untuk selesaikan masalah ni, tapi masih tiada #khabarbaik.

Sheriff

Re: UNIFI PLAN VIP10 10Mbps VS Turbo 100Mbps

hi @Zamree84,

 

TMPoint damansara will try to do something for your case. Please do update us here on the progress and solution ya.


footer remstr 1.png

Contributing Citizen ✪✪

Re: UNIFI PLAN VIP10 10Mbps VS Turbo 100Mbps

Ok dah dapat 100Mbps setelah bersusah payah complain sana sini termasuk MCMC. Terima kasih kepada TM.

Sheriff

Re: UNIFI PLAN VIP10 10Mbps VS Turbo 100Mbps


@Zamree84 wrote:

Ok dah dapat 100Mbps setelah bersusah payah complain sana sini termasuk MCMC. Terima kasih kepada TM.


glad to hear that.


footer remstr 1.png