cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

Unifi air speed not consistant

zaimani
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: Unifi air speed not consistant

Antenna. Pelbagai jenis antenna di pasaran. 4 G antenna, UHF Antenna, VHF Antenna dan ada yang direka khusus seperti antenna untuk GPS, Satellite, TV Analog atau Digital.Malang sekali semua kilang yang mengeluarkan antenna akan mendakwa antenna mereka berupaya mencerap semua jenis frekuensi.Dakwaan ini memang benar tapi tidak semaksima mungkin. Olih itu jika anda mencari antenna untuk 4G LTE carilah antenna yang direka untuk 4G. Contoh antenna 4G terbaik adalah keluaran Huawei.Seperti yang diketahui antenna juga berkerja dengan baik adalah diluar rumah (outdoor) iaitu tiada halangan atau sumber lain seperti powerline.Pengeluar terbaik setakat ini adalah Yagi.Tetapi saya dapati produk dari Cina banyak yang tiruan (cara terbaik untuk elak yang tiruan adalah jangan tergoda dengan harga yang terlalu murah).Belilah anttena yang ada booster bersama atau booster dibeli asing. Untuk makluman Astro pun ada booster (sebab itu ada astro yang kelabu kerana kurang signal), Myfreeview juga ada booster dan bagitu juga 4G ada booster. Booster untuk signal TV cukup murah.Rugi tak pakai, after all only time buying and to enjoy maybe for whole life.

zaimani
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: Unifi air speed not consistant

Artikel 11 cara meningkatkan kelajuan internet:

https://www.wired.com/story/how-to-make-your-wifi-better-faster/

Dua perkara yang saya tidak setuju 1) Mengggunakan wire lebih laju.Mengikut ujian yang dibuat, saya dapati jika anda mempunyai hubungan 5G daripada router ke komputer ianya lebih laju daripada wire dengan syarat hubungan kekuatan signal wireless sekurang-kurangnya 3 bar.Rata2 jarak 5G adalah dekat saja, oleh itu dengan menggunakan extender banyak membantu. 2) Mengguna powerline.Saya telah menyimpan alat ini dalam stor kerana kelajuan 5G atau 2.4 jauh lebih laju. Tindakbalas (ping)  powerline sangat lembab kecuali anda tiada pilihan.I think the best practices and real world scenerio bring more sense as a guideline.

zaimani
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: Unifi air speed not consistant

zaimani
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: Unifi air speed not consistant

Perisian dan cara untuk meningkatkan kelajuan internet.

1. MTU (Maximum Transfer Unit). Paket data  yang bolih diterima dalam satu masa. Bagaimana untuk membuat pelarasan adalah seperti video dibawah:

https://www.youtube.com/watch?v=RK2PHpKI9M4

2. TCP/IP (Transfer Control Protocol and Internet Protocol). Banyak perisian dipasaran yang boleh mengubah unit ini seperti Trottle atau TCP Optimizer. Apa yang dilakukan adalah persetujuan permindaan data dan protokol yang digunakan untuk pemindahan data.

3. DNS Server. Pilih DNS Server yang terbukti laju seperti Google dan Cloudflare.Jangan lupa untuk masukan juga DNS bagi IPV6.Ini bagi membolehkan anda bypass beberapa website yang dihalang melalui IPV4.

4.Perisian Throttle dari PGWARE. Window sebenarnya direka untuk kegunaan average user dan banyak setting tidak dibuka sepenuhnya. Sebab itu jika anda menggunakan Windows server sebagai operating system anda dapati kelajuan internet adalah lebih laju bagitu juga untuk upload. Walau bagaimanapun windows server adalah mahal dan jarang mampu dimiliki oleh pengguna biasa. Perisian ini membuka beberapa setting yang ditutup untuk internet.

5. Perisian PCboost dari PGWARE juga. Perisian ini akan menggunakan kuasa sepenuhnya CPU bagai perisian yang sedang dijalankan oleh pengguna. Oleh kerana penumpuan sepenuhnya ini maka komputer anda lebih laju.

6. Perisian Cacheman.Mengurus RAM yang digunakan disamping beberapa setting lain. Cukup  berguna jika anda mengguna SSD.

7. Perisian CfosSpeed. Perisian ini akan mengkaji corak data yang diterima dan menyiapkan komputer lebih awal.mmbah dengan banyak dan memberatkan komputer anda. Bagitu juga apabila anda menghidupkan komputer dengan sendiri satu log fail akan terbentuk dan jika tidak dibersihkan maka komputer anda akan mangambil masa yang lama untuk dihidupkan. Perisian diatas melakukan kerja dengan membuang fail yang tidak perlu ini.

9. Perisian Trojan Remover. Trojan/spyware menyimpan satu fail dalam komputer anda dan ia akan berkomunikasi dengan hos atau penghantarnya. Ia dihantar untuk mendapatkan data peribadi anda seperti akaun bank dan sebagainya. Jika terlalu banyak spyware yang berkomunikasi ia akan menganggu kadar kelajuan internet yang sedang digunakan. Satu lagi perisian yang baik untuk dipasang adalah SMADAV dari Indonesia .

10. Meningkatkan kelajuan download. Perisian terbaik adalah Internet Download Manager. Dengan internet yang tidak stabil, perisian ini sangat memebantu.

Have a nice day and good luck

There is a BIG difference between a working internet connection and an optimized fast internet connection that is geared for speed!Today I am going to show y...
zaimani
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: Unifi air speed not consistant

Just to share this info. Satellite broadband will be installed.Hoping that this service will much batter than unifi air. Don't miss to register!.Look for satellite booster immediatelly before this item become so expensive.

 

https://www.soyacincau.com/2021/03/15/mcmc-free-satellite-broadband-to-be-deployed-at-839-locations-...

Charlize
Upholding Citizen ✪✪✪

Re: Unifi air speed not consistant

The problem with statellite is whenever there is rain and storm the signal will get cut off else it is way much better than Streamyx

zaimani
Contributing Citizen ✪✪✪

Re: Unifi air speed not consistant

Bagaimana untuk configure router bagi speed yang lebih stabil--RSRP,RSRQ,SNR dan QoS.

Saya mengguna router TP-Link Archer MR600 untuk unifi air. Untuk mendapat setting yang baik kita perlu melakukan beberapa perkara :

1) Meningkatkan kekuatan signal (Signal strength). Ianya tiada lain dari mendapatkan antenna yang baik seperti antenna parabolic.

2) RSRP (Reference signal received power) @ kekuatan isyarat yang diterima. Untuk ini memerlukan antenna yang baik termasuk router.

3) RSRQ (Reference signal received quality) merujuk kepada kualiti isyarat yang diterima.

4) SNR (Signal to Noise Ratio) merujuk kepada kebisingan yang menggangu data sebenar yang di hantar.

Sasaran yang dicari adalah seperti dibawah:

rsrq rsrp snr.jpg

 

Seperti yang dilihat RSRP yang dicari bagi excellent adalah -80 dan nombor negatif yang lebih kecil adalah lebih baik seperti -44. Bagi RSRQ adalah -10 atau lebih kecil seperti -8.Bagi SNR untuk excellent adalah 20 dan nombor lebih besar adalah lebih baik seperti 30. Untuk mengetahui keadaan pada router anda bolih login dan melihat pada ruangan internet.Bagi router saya adalah seperti dibawah;

router snap.jpg

Seperti yang dilihat saya hanya mempunyai masalah pada SNR iaitu 15.8. Untuk data yang baik adalah sekitar 18. Faktur yang mempegaruhi SNR dan bagaimana untuk meningkatnya adalah seperti berikut:

1) Cable yang lebih baik.( Cable untuk type N)

2) Router yang mempunyai ciri mengawal SNR.( E.g Netgear)

3) Sambugan yang lebih baik.( Semua sambungan sepatutnya di solder dan jenis sambungan yang berkualiti.

4) Mengubah kedudukan router dan antenna dan elak dari gangguan besar alat letrik.

 

Perhatikan saya tidak mempunyai masalah RSRQ dan RSRP. Perhatikan juga saya menggunakan band 40 LTE. Seterusnya adalah bagaimana untuk meningkatkan kelajuan adalah dengan enable Qos ( Quality of Service). Teknologi ini mengawal sumber yang ada untuk diberi keutamaan tugas. Untuk enable anda perlulah menguji kelajuan sebenar modem/Router anda. Kelajuan router saya adalah seperti dibawah.

router speed test.jpg

Untuk tujuan setting saya mengambil lebih kurang 10% lebih seperti dibawah.

 

 

router Qos.jpg

Seterusnya masuklah komputer atau perisian yang diberi keutamaan pertama iaitu 75%. Seperti saya banyak guna internet jadi saya jadikan www sebagai keutamaan 75%. Saya dapati dengan tweak yang dibuat ini menjadikan youtube tiada lagi buffering dan download speed bertambah dengan significant. Hoping this tips give some help for those who need it.