akaun kena terminate

Apaikkkkkk
Contributing Citizen ✪

akaun kena terminate

akaun saya ada bill tertunggak dan saya diminta untuk bayar bill minimum sebanyak rm288.50 . lepas bayar , saya tak boleh akses akaun dgn myunifi app . berapa kredit exceeded pun tak tahu . camne ya

4 REPLIES 4
KuRoNeKo
Sheriff

Re: akaun kena terminate

Hai @Apaikkkkkk

 

Sebaiknya anda terus hubungi TM (call 100/livechat/FB/Twitter) untuk semak status akaun. Perlu pastikan sama ada akaun masih disekat disebabkan bayaran tidak mencukupi, atau akaun sudah ditamatkan disebabkan tiada bayaran bil dibuat melebihi 3 bulan berturut-turut.

_nordica_
Sheriff

Re: akaun kena terminate

Hai @Apaikkkkkk . Boleh cuba terus hubungi bahagian unifi di live chat, talian 100 atau media sosial Facebook atau Twitter untuk semakan dan juga boleh ketahui bila akhir bayaran yang dibuat. Ini kerana jika tiada bayaran yang dibuat melebihi 2 atau 3 bulan, akaun akan ditamatkan secara auto di dalam sistem. 

Didi7
New-in-Town ✪

Re: akaun kena terminate

Kalau account ditamatkan, boleh reactivate ke tanpa bayar penalti? Dan teruskan bayar yang tertunggak sahaja dan bulan2 seterusnya. Sebab saya taknak terminate account and masih nak guna service unifi. 

2D_Ackerman
Sheriff

Re: akaun kena terminate

Hi @Didi7 ,Setahu saya, apabila akaun dah terminate, dah tak boleh aktikan balik walaupun pembayaran sudah dibuat.Jika anda masih menggunakan unifi , anda boleh mendaftar baru.

 

Sekiranya anda memerlukan pertanyaan lanjut boleh merujuk dengan pihak khidmat pelanggan TM untuk bantuan lajut > https://home.unifi.com.my/support/contact-us

 

Moga dapat membantu pertanyaan anda.