pindah alamat

Yamakashi69
Contributing Citizen ✪

pindah alamat

bagaimana hendak menyambung unifi ke alamat baru dari alamat rumah lama.. dan bgaimana dgn peralatan unifi saya yg berada di rumah lama.. saya hndak mngunakn unifi lama saya ke rumah bru saya..

6 REPLIES 6
Sakura84
Sheriff

Re: pindah alamat

 

Hai @Yamakashi69 


Anda boleh hubungi khidmat pelanggan unifi di link https://unifi.com.my/support/contact-us untuk semakan liputan unifi untuk alamat baru anda dan permohonan pemindahan servis unifi anda.

 

Sekiranya semakan mendapati alamat baru anda tidak tersedia dengan servis unifi buat masa ini, anda akan diminta untuk melanggan pakej Broadband (Streamyx) pada kelajuan pakej yang paling tinggi yang boleh dicapai (jika ada). Jika alamat baru anda didapati tiada servis untuk kedua-dua Streamyx dan unifi, anda boleh menamatkan akaun tanpa dikenakan caj penalti, sekiranya akaun masih dalam tempoh kontrak. Bagaimanapun, anda perlu mengemukakan bil utiliti semasa permohonan penamatan akaun dibuat sebagai pengesahan alamat.

 

Proses pemindahan servis adalah dalam tempoh 14 hari dan tiada caj dikenakan bagi pemindahan servis unifi.  Anda perlu bawa bersama modem (BTU) anda ke alamat premis yang baru semasa proses pemindahan servis tersebut.

 

Aliph8
Sheriff

Re: pindah alamat

Hai @Yamakashi69 

 

Tambahan, akaun perlu aktif semasa pemindahan dan anda dinasihatkan untuk membuat pembayaran tunggakan (sekiranya ada) untuk mengelakkan sebarang isu semasa order diproses. Nombor talian tetap anda mungkin berubah sekiranya tidak berada dalam kawasan Exchange yang sama. Tiada caj akan dikenakan untuk proses pemindahan tetapi sekiranya ada tambahan kabel perlu dibuat, pembayaran perlu dibuat kepada kontrak.

theviper0308
New-in-Town ✪

Re: pindah alamat

kontrak saya dah pun tamat, jika selepas pemindahan alamat, kontrak saya akan renew semula kpd 2 tahun atau tidak?

theviper0308
New-in-Town ✪

Re: pindah alamat

bagaimana pula dgn harga pakej langganan? adakah masih sama seperti akaun lama atau mengikut harga terbaru?

_nordica_
Sheriff

Re: pindah alamat

@theviper0308 Untuk pindahkan akaun unifi ke alamat lain, kontrak kekal sama, tak berubah jika masih gunakan akaun yang sama tanpa tukar pakej. Kontrak unifi ni sambung kalau kita tukar pakej ke pakej yang lain sama ada upgrade atau downgrae. Lain semua kekal sama. Nak tahu lanjut tentang ni, better refer unifi terus.

 

Boleh contact dengan pihak unifi melalui saluran komunikasi di bawah

Live Chat - https://maya.unifi.com.my/
Email - help@tm.com.my
Facebook - We are unifi
Twitter - @helpmeunifi

 

Selamat mencuba @theviper0308 !

_nordica_
Sheriff

Re: pindah alamat

@theviper0308 Harga , pakej dan apa-apa yang terdapat dalam pakej sedia ada juga masih sama. Lainla kalau tempat baru nak pindah tu tak ada coverage, hanya streamyx je yang ada. So pakej tu akan downgrade ke streamyx (unifi lite) dan haraga semua mengikut harga yang ditawarkan. Apa-apa boleh refer pihak unifi untuk contact centre atau live chat, sosial media atau call 100.