Hi admin,
Saya mula melanggan unifi mobile dari January 2020 sehingga kini,
Saya dapati bahawa kelajuan internet terutama di bandar baru bangi kurang stabil,
Ada masanya kelajuannya baik, tapi kebanyakkanya kurang memuaskan (walaupun signal menunjukkan 4G/LTE)
andakah ini berpunca daripada "bandwidth" yang tidak mampu untuk menampung pelanggan yang semakin ramai?
saya sekadar ingin tahu punca,
jika benar, adakah pihak TM akan cuba menaik taraf bandwidth di kawasan ini ?
terima kasih
Hai @amihisyam ,
Soalan yang menarik.
Betul, pelanggan yg semakin ramai boleh menyebabkan hal demikian, tetapi terdapat juga faktor lain yang perlu diambil kira semasa membuat penilaian.
Cuba livechat dahulu untuk log kes. Mereka akan tolong anda check.