Bil

hyenufaa
New-in-Town ✪

Bil

harga pembayaran bil telefon saya, saya dapat makluman saya hanya perlu membayar RM59 tetapi setiap bulan saya bayar lebih daripada jumlah itu dan hotspot juga saya tidak dapat langgan.

3 REPLIES 3
mitie88
Sheriff

Re: Bil

Hai, @hyenufaa Dah cuba semak butiran dalam bil pdf? Dalam bil, ada semua cas dan usage kita. Bil boleh download dari myunifi / portal dan unifi ada hantar bil pdf ke emel yang berdaftar. Kalau bil pertama, ada caj prorata dari tarikh aktif + caj bulanan untuk tempoh bulan tersebut. Untuk bil pertama, boleh semak sini
Selain tu, caj tambahan akan ada kalau ada buat panggilan / SMS ke special number (contoh call ke nombor 1-300 xxx / 1700 xxx). Semua ini akan ada dalam penyata bil penuh.

Kalau nak penjelasan lanjut, boleh juga contact unifi (https://unifi.com.my/support/contact-us). 

Aliph8
Sheriff

Re: Bil

Hai @hyenufaa.  Bil boleh download dari myunifi / portal dan unifi ada hantar bil pdf ke emel yang berdaftar. Adakah anda merujuk kepada "hotspot" percuma 10GB LTE tersebut?

bathosai_11
Sheriff

Re: Bil


@hyenufaa wrote:

harga pembayaran bil telefon saya, saya dapat makluman saya hanya perlu membayar RM59 tetapi setiap bulan saya bayar lebih daripada jumlah itu dan hotspot juga saya tidak dapat langgan.


Jika anda melanggan kepada plan unifi Mobile unlimited RM59, harga tersebut adalah tidak termasuk caj 6% SST. Dan sekiranya terdapat caj penggunaan yang lain, ianya juga akan dimasukkan ke dalam bil tbulanan anda. Boleh semak setiap caj yang dikenakan dengan memuat turun salinan bil akaun anda samada melalui aplikasi myunifi atau di portal unifi.com.my.

 

Anda boleh menggunakan 10GB data hotspot LTE yang diberikan percuma sekiranya anda berada di dalam kawasan liputan 4G LTE unifi Mobile. Sekiranya terdapat isu walaupun ketika anda berada di dalam kawasan liputan 4G LTE unifi Mobile, boleh contact customer support unifi Mobile untuk semakan dan bantuan samada melalui LiveChat atau social media, FB(unifi) atau Twitter(@helpmeunifi). Harap membantu 😊.