cancel
Showing results for 
Search instead for 
Did you mean: 

Bill statement

Fara587889
New-in-Town ✪

Bill statement

Salam sejahtera.
 
Pada hari ni saya telah mendapat satu panggilan daripada seorang individu bernama Siti Fatimah yang mendakwa dirinya merupakan wakil dari syarikat Ritma Armada.
 
Wakil dari syarikat tersebut mendakwa bahawa terdapat penangguhan bayaran melebihi 3 bulan di atas nama saya daripada Unifi mobile berjumlah sebanyak RM254.40.
 
Dia juga mengatakan bahawa kes ini akan di bawa ke mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dan pendaftaran kes mahkamah ini akan dilakukan pada 18/04/2020. Apabila kes ini telah dibawa ke mahkamah pula, saya dikatakan perlu mebayar sejumlah wang sebanyak RM1,500 untuk urusan mahkamah.
 
Dia mendakwa simcard unifi mobile telah diterima oleh seseorang pada bulan Oktober 2019 di alamat rumah saya.

Permasalahan di sini adalah, saya tidak pernah menerima sebarang sim kad dari pihak Unifi mobile, dan tidak pernah mendapat sebarang penyata bil penggunaan dari pihak Unifi mobile.

Saya ingin mendapatkan kesahihan perkara ini secara langsung dari pihak tuan samada perkara ini sahih atau dia merupakan scammer.

Diharap pihak tuan dapat memberi maklumbalas secepat mungkin kepada saya.

Sekian, terima kasih

1 REPLY 1
remstr
Mayor

Re: Bill statement

Hai @Fara587889 ,

 

Iya, itu adalah salah satu syarikat pengutip hutang yang digunakan oleh unifi Mobile.

Cuma saya nak tahu, adakah anda pengguna unifi Mobile?