Hi TM/TM users.
Sejak penghujung tahun 2021, saya kerap mengalami masalah internet pada unifi data postpaid yang saya guna. Namun perkara ni bertambah teruk sejak 2 minggu yang lalu. Antaranya :
1. Perbualan telefon terus terputus disebabkan 'NO CONNECTION'. Lebih memedihkan hati apabila sedang berbual tentang hal yang penting, rupanya panggilan dah terputus.
2. Mobile data hilang secara tiba-tiba sehinggakan telefon terpaksa dimatikan dan dihidupkan semula namun. Namun internet masih tak ada.
3. Mobile data hilang ketika berada di highway dan kawasan kampung. Lagi hairan bila berlaku di bandar Kuala Lumpur
4. Kekerapan masalah no.1-no.3 yang berulang-ulang dan tidak berkesudahan
Apakah punca kepada permasalahan ini?
Bila ianya akan berkesudahan?
Ada ke pengguna lain yang alami masalah yang sama, atau hanya saya seorang je?
Terima kasih daun keladi
Memang tak dinafikan bahawa hanya anda seorang sahaja yang mempunyai masalah begini kerana ramai user unifi Mobile complaint line sekarang kerap problem
unifi mobile postpaid really poor. Need for improvement
Kalau isu data dan berada di kampung macam saya ini, dengan JENDELA penutupan 3G- saya tukar preferred network kepada 2G dan akan dapat sambungan data 2G (tak dinafikan 2G agakkkkkk) tetapi boleh la dapat data time kat kampung. Bila balik KL, saya tukar balik kepada prfer 4G.
Boleh cuba try test dengan prefer 2G dekat kawasan luar 4G sebab 3G sudah tak ada. 3G jasamu dikenang
Tapi kalau ada isu tengah bandor tu, buat semakan laporan. Saya pakai Huawei, okey lagi di bandar. Tapi kawan saya pakai iPhone, asyik kata ada isu (hanya perkongsian yang dia katakan) Try check dengan Careline tengok
Selamat mencuba. Malaysiaku sihat
saya pon melalui masalah yang sama...apabila bertanya terus dgn operator TM mereka pon tidak dapat membantu...
Hai zaliksim87.
Saya bersetuju dengan apa yang Frechette sampaikan. Tambahan, anda perlu pastikan "Network Mode" pada peranti anda ditetapkan sebagai automatik. Jika anda gunakan "network mode" 4G LTE only, mungkin akan menyebabkan masalah yang sama seperti yang rakan kita hadapi disebabkan penutupan rangkaian 3G di negara kita. Anda juga boleh cuba pantau menggunakan telefon yang menyokong 4G/LTE Band 5 yang lain. Anda boleh layari https://unifi.com.my/mobile/postpaid/phone-compatibility bagi peranti yang bersesuaian untuk rangkaian unifi mobile.
Namun sekiranya masalah yang sama masih berterusan, saya cadangkan anda untuk hubungi unifi mobile support untuk bantuan dan semakan dengan lebih terperinci. Anda boleh rujuk dengan pihak mereka di https://unifi.com.my/support/contact-us
sy da cuba pelbagai cara untuk atasi masalah network sy yang kerap dapt E dan selalu tiada connection..akhir sekali sy cuba tukar sim card sy di phone lain (vivo)..dapati line ok dan laju..so adakah sy perlu bertukar sim card atau ke kedai phone samsung (sbb sy pkai samsung s10) untuk bantuan setting di telefon tersebut?..
terima kasih kerana membantu
Hai, @zaliksim87
Sepatutnya, tiada isu dengan sim card kerana anda boleh dapatkan signal yang baik jika menggunakan telefon bimbit yang lain. Pastikan anda menggunakan peranti yang boleh menyokong 4G/LTE Band 5. Anda boleh cuba semak di sini , https://unifi.com.my/mobile/postpaid/phone-compatibility.html .
Rupanya banyak yang ada masalah macam ni. Saya 3G memang takde signal tapi masalahnya kebanyakan tempat masih lagi takde LTE.
Hi
Masalah ini berlaku mungkin berikutan penutupan rangkaian 3G baru-baru ini. Awak boleh enable flight mode dahulu pada telefon. Jika isu masih berlaku boleh semak status rangkaian di kawasan anda dengan hubungi support untuk semakan lanjut> https://unifi.com.my/support/contact-us.