Hi, saya nak tnya kenapa saya tak dapat buat panggilan dan menerima panggilan sedangkan saya masih dapat menerima mesej masuk dan internet masih dapat digunakan. Saya juga tidak mempunyai tunggakkan bil. Saya sudah mencuba untuk mematikan dan menghidupkan kembali telefon tetapi masih tidak dapat digunakan.
Hai Amyza1,
Kebiasaanya jika saya mengalami masalah sedemikian, saya akan cuba "restart/reboot" telefon saya dan cuba semula.
Anda boleh layari https://community.unifi.com.my/t5/voice-issues/I-cannot-make-or-receive-calls/ta-p/8732 dan cuba ikuti langkah-langkah yang dicadangkan.
Sekiranya masalah masih berlarutan, saya cadangkan anda untuk hubungi unifi mobile support untuk bantuan dan semakan dengan lebih terperinci. Anda boleh rujuk dengan pihak mereka di https://unifi.com.my/support/contact-us
Saya hadapi masalah yang sama. Sudah hubungi unifi melalui live chat dan pergi ke TM Point.
Kes selesai tetapi masalah saya belum juga selesai.
@anyssya_s Signal kat telefon pintar awak macam mana? Dah cuba aktifkan VoLTE kat phone tak? Fungsi VoLTE ini akan membantu panggilan telefon agar menjadi lebih stabil kerana menggunakan LTE berbanding menggunakan frekuensi tradisional.
Hai anyssya_s.
Fungsi VoLTE akan membantu panggilan telefon agar menjadi lebih stabil kerana menggunakan LTE. Tetapi unifi Mobile tidak menyokong kebanyakan VoLTE ini, hanya beberapa model sahaja disokong.
Cuba anda semak status telefon bimbit anda adakah menyokong untuk Volte di sini > https://home.unifi.com.my/mobile/postpaid/phone-compatibility atau semak untuk 'enable VoLTE' di sini > https://home.unifi.com.my/JomKita4G
Sila buat laporan teknikal dengan unifi Live Chat sekiranya masih ada isu ya.
Hi @anyssya_s . Kalau di telefon saya (iPhone12) memang akan nampak signal 4G/LTE. Tapi di bahagian setting memang sudah enable VoLTE. Jadi di telefon cik, tiada option enable VoLTE ke?
Kalau dah buat laporan oklah. Harap isu cik dapat diselesaikan.
Masalah yang sama dengan saya. Tidak dapat membuat panggilan tiba-tiba selepas lebih daripada 1 tahun pakai tanpa masalah. Tiap-tiap kali contact live chat buat benda yg sama saja. lepas tu escalate to technical team tapi takde maklum balas....sudah 1 bulan tak boleh call dah...
Hi @CW17 . Pilihan signal telefon awak sekarang ape, ye? LTE atau VoLTE? Kalau masih LTE, boleh cuba tukar ke VoLTE. Tapi kalau telefon tak support signal VoLTE, boleh cuba tengok signal ditelefon semasa nak buat panggilan. Pastikan signal ok dan tidak "no service" atau "E"
Pernah tak cuba tukar atau guna telefon lain? Sama ke?
Awak boleh semak senarai telefon yang boleh support VoLTE ni di portal TM > https://home.unifi.com.my/mobile/postpaid/phone-compatibility.
Berkenaan status laporan, pihak unifi mobile biasanya akan hantar keputusan semakan melalui emel. Ada semak tak? Kalau awak masih tidak menerima apa-apa emel, mungkin boleh semak terus dengan team unifi mobile semula, ye.
Semoga bermanfaat.