Saya sudah guna online form mobile@unifi app
Salah seorang pegawai unifi bebas cakap tak ada kamera autofokus boleh hantar salinan kad pengenalan kepada unifi mobilecare.
Bila sudah emel untuk pengesahan akaun, pegawai lain kata tiada boleh
Mengapa susah sangat mahu buat pengesahan akaun guna kad pengenalan mahu guna kamera autofokus. Saya pakai smartphone murah takkan mahu beli lain pula. Dah lah orang tak ada duit.
Saya secara peribadi suka dan sokong prepaid unifi bebas. Tapi banyak benda terpaksa guna apps sangat menyusahkan.
Sangat leceh!!!!! Lakukan sesuatu unifi bebas!!!!
Itu laa tu. Ade sikit leceh. Tapi kalau tak auto focus tak jelas pulak ic nye nanti. try laa pinjam fon yg ade autofokus untk nak register kejap
aku endup beli fon baru bro
Sebelum ni disbbkan pengesahan akaun ni saya punya akaun lama diterminate (dgn baki terkini berjumlah RM50++ burn mcm tu je)
lepas kejadian tu saya beli no baru, dpt msg untuk pengesahan lagi, dah buat kat fon tak boleh so saya telah ke centre Unifi Kepong dan telah mengesahkan akaun di kaunter dan saya telah dimaklumkan bahawa isu ini telah selesai sepenuhnya dan tidak akan berlaku lagi tetapi hari ni(5/8/2021) saya dapat lagi emel dan mesej supaya mengesahkan akaun saya. tadi saya call talian 100 mereka kata msg & emel tersebut auto generate tp x pasti minta saya join live chat tapi smpi sekarang hanya mesin yang menjawab soalan sy dgn jawapan yg tiada kena mengena(yela nama pun robot kan? mmg tak faham soalan la kot) dan disebabkan tak dapat respon yg baik dr team live chat skrg sy join comunity plak dgn harapan bleh dpt jawapan yg wajar utk masalah pengesahan akaun saya ni tapi nampaknya macam hambar juga.. saya perlukan jawapan dalam kadar segera memandangkan sy kena sahkan akaun saya sebelum 8 Ogos 2021(Ahad) ni.. semua sedia maklum Unifi Kepong tutup pada hari sabtu & ahad.. hanya kerana pengesahan selepas 'PENGESAHAN YANG TELAH DIBUAT DAN TELAH DISAHKAN DI KAUNTER UNIFI CENTRE KEPONG ' takkan la sy perlu ke Centre lagi???
pakej prepaid dia bagus.. tapi customer care memang teruk... tak pasal2 saya kena beli phone baru... tak tau bila diorang nak upgrade... mungkin tunggu dah ada sejuta pelanggan agaknya baru nak upgrade