cancel
Showing results forΒ 
Search instead forΒ 
Did you mean:Β 

kelemahan dan kebaikan webe

Kabaz
Contributing Citizen βœͺβœͺ

kelemahan dan kebaikan webe

pada 1 oktober, saya telah ke cawangan webe d Sunway Pyramid. Saya telah mendapatkan sim kad webe dengan bayaran sebanyak rm 106. Antara faedah yang di tawarkan oleh staff perkhidmatan webe ialah, mendapat data tanpa had, 10 gb hotspot setiap bulan serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Namun setelah menggunakan sim kad tersebut, saya tidak dapat menggunakan hotspot seperti yang diperkatakan oleh promoter itu. Saya mendapat khidmat pesanan ringkas yang menyatakan saya perlu membuat pembayaran tambahan untuk menggunakan perkhidmatan hotspot. Saya juga tulah mengajukan persoalan ini kepada perkhidmatan live chat webe. Menurut penerangan yang saya terima, pakej RM79 untuk 10gb hotspot telah ditamatkan pada 30 september lagi. Seperti yang saya sebutkan awal tadi, saya telah membeli sim kad tersebut pada 1 oktober dan promoter menyatakankan pekej tersebut masih wujud. Disini terdapat percanggahan maklumat antara promoter dan perkhidmatan live chat. 

 

Dan salah satu keburukan yang tidak akan disebut oleh mana mana promoter tentang pakej rm79 ini ialah, device yang tidak support 4g LTE tidak dapat menggunakan hotspot 10GB tersebut. So kalau customer complain kenapa tak tak bagitau pasal ni awal awal masa promote dulu, jawapan diorng, sebab salah encik juga masa beli dulu tak paham betul betul pakej kitorang πŸ˜‚. Terima kasih la sebab bagi penerangan yang jelas lagi nyata setelah kami kami dapat tahu phone fon yang tak support hotspot. Lagi sekali saya nak tegaskan, PHONE YANG TAK SUPPORT 4G LTE TAK BOLE BUAT HOTSPOT YER. 

 

Tapi bagi saya webe still berbaloi kalau orang nak pakai telco ni. Satu sebab diorng bagi unlimited internet. So tak perlu dah nak catu data setiap kali nak tengok youtube or whatever. Nak layan movie sampai muntah pn tak kisah. Kedua, webe ni under TM, so coverage dia lagi besar dari telco lain sebab pencawang dia yang punya. At least kalau masuk kawasan yang liputan m****s atau c****m yang hujung hujung bar pun, webe still bole dapat dalam 2 or 3 bar. Ketiga, pembayaran webe turut menggalakkan penyatuan ummah yang jitu. Contohnye kalau satu id ada tiga nombor. So tiap tiap bulan bendahari korang akan kutip duit untuk bayar bil bulanan. Lagi banyak guna nombor bawah id yang sama, lagi kurang la pembayaran korang tiap tiap bulan. Tapi satu id max 5 nombor je yer. 

9 REPLIES 9
yusof_webe
Contributing Citizen βœͺβœͺ

Re: kelemahan dan kebaikan webe

Baru nak tanya bab hotspot..πŸ˜‚πŸ‘†

cikcapika
Contributing Citizen βœͺ

Re: kelemahan dan kebaikan webe

awak , macamne klu hp sy nak shre hotspot tu ade line 4g? sy dpt msg die suruh aktif kan hotspot passes. mane sy nak dapat kan tu.? tqsm.
Kabaz
Contributing Citizen βœͺβœͺ

Re: kelemahan dan kebaikan webe

Sebelum tu saya nak tanya. Cik daftar webe sebelum 1 october atau selepas ?


@cikcapika wrote:
awak , macamne klu hp sy nak shre hotspot tu ade line 4g? sy dpt msg die suruh aktif kan hotspot passes. mane sy nak dapat kan tu.? tqsm.

 

hanfan
Contributing Citizen βœͺ

Re: kelemahan dan kebaikan webe

saya register dgn webe sebelum october. tp saya selalu menghadapi masalah utk tathering & portable hotspot. HP saya support 4G,3G, 2G. Apa yang perlu saya buat?

Rohaiji
Contributing Citizen βœͺ

Re: kelemahan dan kebaikan webe

Kabaz
Contributing Citizen βœͺβœͺ

Re: kelemahan dan kebaikan webe

Hanphone tuan tidak ada masalah. untuk aktifkan hotspot awak kena berada di tempat coverage yg ada 4G sahaja. Kalo coverage kat situ 3G mmg xdpt nak buat Hotspot
nafim
Contributing Citizen βœͺ

Re: kelemahan dan kebaikan webe

Yerp.. kawasan liputan 4G LTE. (Band 5) ikut keserasian telefon 4G LTE (supported) Saya dah cuba telefon bimbit seperti ZTE/Nokia 3/Asus. Serasi dan stabil. Webe Unifi simcard buh kat telefon 3G pun leh je berfungsi cuma tidak capai keupayaan maksimun. Takde masalah seperti kad sim YES yang mana sesuai/serasi dgn telefon yang sokong serasi 4G LTE terpilih sahaja. Owh lagi satu kelemahan Webe Unifi.. kalau lebih dari bangunan tingkat 10 ke atas, liputan (coverage) kurang memuaskan. Kena dekat dgn tingkap.. ahahaha.. baru ok. Sejauh ini, kad Unifi Webe ok je.. Smiley Happy

Lanz
Contributing Citizen βœͺ

Re: kelemahan dan kebaikan webe

Arh senang cite webe ni penipu..kite sbgai pengguna buat report,ade ke.die slahkn kite pulk..ni bru ni,dhla punya sush nk reprt,skli pihak webe call sy,sy bgtau mslah sy,die bole ckp klau ade mslah knpa tak terminate...sdgkn bil brjln sim kad xbole pkai..PENIPU PUNYA WEBE

remstr
Mayor

Re: kelemahan dan kebaikan webe


@Lanz wrote:

Arh senang cite webe ni penipu..kite sbgai pengguna buat report,ade ke.die slahkn kite pulk..ni bru ni,dhla punya sush nk reprt,skli pihak webe call sy,sy bgtau mslah sy,die bole ckp klau ade mslah knpa tak terminate...sdgkn bil brjln sim kad xbole pkai..PENIPU PUNYA WEBE


Kalau ada masalah, memang kena report. Bila report, ada option untuk terminate tu semua. Jika buat senyap memang la bil akan terus jalan.