saya baru subscribe webe broadband, saya ada dua soalan:
1) Kenapa saya dapat 2 simcard?
2) Bila masuk simcard dalam mifi modem, kenapa tak connect internet?
Saya gunakan modem umobile.
Thanks.
Hai Jefferi,
Untuk soalan yang pertama, boleh masuk livechat tanya berapa subscription yang order haritu, takut delivery salah ke atau tertukar ke. Boleh masuk livechat dekat sini https://www.webe.com.my/explore/contact-us
kalau tak dapat connect, mungkin sbb:
1. Order tak close lagi (yang ni boleh contact livechat diorg boleh tolong close order)
2. SIM Card tak compatible dengan modem. Tak silap modem kene ada band 5, Band 39 atau band 40 baru boleh connect. Boleh check sini https://www.webe.com.my/shop/webe-broadband nak check broadband punya model tu supported atau tidak.
3. Kawasan liputan tiada 4G, yang dekat kawasan encik perlu ada 4G baru boleh guna. Kalau ada 3G sahaja tak boleh. Nak semak kat sini https://www.webe.com.my/shop/coverage#broadband-coverage
Harap dapat membantu