Kenapa tetiba ja laptop tak boleh connect ke wifi? sebelum ni xda masalah wifi pun dekat laptop ni , baru" ni ja dah tak boleh connect dah. Phone and smart tv boleh ja connect xda masalah
please help
Hi, FirdausTa
Sekiranya hanya 1 "device" sahaja yang bermasalah, cuba "forgot WiFi" kemudian sambung semula ke WiFi yang sama dengan memasukkan kata laluan WiFi anda.
Dah cuba macam" dah , tengok tutorial kat youtube pun tak jalan
Hai FirdausTa. Ada beberapa perkara yang kena semak jugak. Saya bagi awak list dan awak cuba buat
1) Butang wireless Network Wifi pada laptop bernyala ataupun tidak jika tidak connect akan bertukar warna merah. Jika connect akan bertukar warna hijau
2) Jika pada butang wireless Network Wifi sentiasa berwarna merah walaupun kata laluan wireless
sudah di masukkan dengan betul itu menunjukkan kerosakkan pada perkakasan ataupun driver
automatik wireless tidak dapat di kesan
3) Lihat pada driver ethernet controller tidak dapat dipasang dekat laptop, periksa pada device manager
terdapat logo kuning
4) Gunakan LAN kabel yang bersambung daripada router kepada Laptop untuk memastikan
masalah perkhidmatan internet yang mempunyai sekatan ataupun masalah laptop
5) Pastikan kata laluan wireless yang dimasukkan betul.
Boleh cuba-cuba langkah diberi. Ini pun dapat info daripada rakan-rakan saya share dekat awak
Anda guna router jenis model apa ya?Minta tampal gambar router nak tengok TQ
1)dah on
2)dah check xda masalah pada driver
3)xda masalah juga
4)boleh connect bila sambung guna ethernet cable
Sorry lambat reply tak perasan 😅
Fiberhome
Lampu wifi menyala, sepatutnya tiada masalah untuk bersambung dengan wifi. Cuba On hotspot di telefon dan cuba connect laptop ke wifi di telefon. Kalau boleh connect, mungkin awak perlu setting semula router fiberhome tu.
Yes boleh connect melalui hotspot , dah try connect ke wifi lain pun boleh , wifi kat rumah ni ja tak boleh , apa yang perlu di setting semula ya?
Hi Firdaus Ta, Cuba try restart modem dan router. Nama WiFi rumah ada keluar di laptop anda ke? Anda ada configure router ke sebelum ini?